Opensignal baru-baru ini telah menerbitkan sebuah laporan yang memperincikan impak 5G terhadap rangkaian mudah alih di beberapa rantau di seluruh dunia. Sungguhpun laporan berkenaan berkisar tentang 5G, sebahagian besar dari 100 buah negara berkenaan majoritinya masih menggunakan rangkaian 4G termasuk Malaysia.
Pelaksanaan rangkaian 5G kebangsaan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) pada pertengahan Disember lalu telah diambil maklum oleh pihak Opensignal. Namun, laporan berkenaan masih lagi menganggap Malaysia sebagai pasaran yang “tidak mempunyai liputan 5G (no 5G influence)”.
Berikut adalah senarai negara-negara di Asia Tenggara mengikut kategori capaian 5G berdasarkan laporan tersebut:
- Earlier 5G Market: Thailand, The Philippines
- Later 5G Market: Indonesia, Singapore
- No 5G Influence: Cambodia, Malaysia, Vietnam
Brunei, Laos dan Myanmar tidak tersenarai di dalam 100 negara yang direkodkan di dalam laporan berkenaan.
Beza kelajuan internet mudah alih negara-negara Asia Tenggara
Antara isi penting kandungan data tesebut adalah pada perbezaan kelajuan memuat turun pada suku pertama 2019 dan suku keempat 2021. Berikut adalah rangkuman jadual kelajuan yang direkodkan berdasarkan laporan dari Opensignal berkenaan.
Negara | Kedudukan dari 100 buah negara | KELAJUAN Q1 2019 (Mbps) | KELAJUAN Q1 2021 (Mbps) | BEZA KELAJUAN (Mbps) |
Singapura | 9 | 39.3 | 49.9 | Tambah 10.6 |
Vietnam | 45 | 14.1 | 25.5 | Tambah 11.4 |
Thailand | 60 | 5.7 | 17.4 | Tambah 11.7 |
Filipina | 67 | 7 | 15.1 | Tambah 8.1 |
Indonesia | 68 | 6.9 | 14.4 | Tambah 7.5 |
Malaysia | 70 | 11.5 | 13.5 | Tambah 2.0 |
Kemboja | 76 | 5.6 | 12.2 | Tambah 6.6 |
Berdasarkan senarai berkenaan, Malaysia berada di kedudukan kedua terbawah dari segi kelajuan muat turun pada suku keempat 2021. Sungguhpun negara kita pernah menjadi ketiga terpantas di Asia Tenggara pada suku pertama 2019. Beza pertambahan antara tempoh tersebut juga amat kecil iaitu sebanyak 2.0Mbps sahaja.
Dijangkakan, kelajuan ini dapat dipertingkatkan jika liputan rangkaian 5G dapat diperluaskan ke seluruh negara di masa hadapan. Selain itu, kedudukan ini juga dapat diperbaiki dengan adanya liputan rangkaian 5G yang lebih meluas di Malaysia kelak.
Sebelum ini Ookla pernah melaporkan kelajuan muat turun internet mudah alih di Malaysia adalah 25.19Mbps melalyu Speedtest. Angka ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan angka yang diperoleh dari Opensignal.
SKMM menggunakan Speedtest dari Ookla sebagai metrik utama bagi pengukuran kelajuan internet program JENDELA. Perbezaan pengukuran ini mengambil kira dari segi penggunaan terma dalam metodologi dan juga kaedah pengukuran masing-masing.