Tahukah anda bahawa 18 Februari merupakan Hari Bateri Nasional? Hari tersebut diraikan bagi memperingati hari kelahiran Alessandro Volta pada tahun 1745.
Beliau merupakan saintis Itali yang menghasilkan asas penciptaan bateri. Malah, perkataan “volt” yang dikaitkan dengan teknologi elektrik diambil bersempena nama beliau. Bagaimanapun, penggunaan perkataan ‘bateri’ pertama kali disebut oleh Benjamin Franklin pada 1748 yang merujuk pada susunan plat-plat kaca bercas.
Pengeluaran bateri bagi kegunaan harian telah mengalami banyak kemajuan sejak 50~60 tahun kebelakangan ini. Pelbagai peranti telah memanfaatkan hasil inovasi berkenaan termasuklah telefon pintar.
Tanpa ragu, telefon pintar perlu mempunyai ciri-ciri hebat seperti bateri yang kuat untuk menyokong tugas harian. Pengguna juga boleh menjalankan rutin harian tanpa risau tentang bateri yang cepat habis.
Galaxy A52S 5G didatangkan dengan bateri 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W membolehkan anda kembali ke rutin harian anda dengan lebih cepat — dapatkan pengecasan sebanyak 50% dalam hanya 30 minit sahaja. Sangat penting, terutama pada hari yang sibuk!
Pada hujung minggu, anda boleh menonton siri terhangat dan terkini di Netflix, strim video secara langsung di laman sosial dan juga bermain permainan dalam talian dengan rakan-rakan anda tanpa perlu risau tentang akan jangka hayat bateri yang pendek.
Selain itu, dengan ciri Adaptive Power Saving, peranti hebat ini juga dapat menyesuaikan diri dengan corak penggunaan anda. Dengan ini, ia menganalisis rutin anda dan mengaktifkan mod Power Saving secara automatik dengan mengoptimumkan sumber CPU dan menghentikan data latar belakang untuk menjimatkan bateri.
Peranti ini boleh didapati dalam empat warna – Awesome Black, Awesome White, Awesome Mint dan Awesome Violet pada harga runcit yang disyorkan RM1,899. Ia juga boleh didapati dengan pelan bayaran ansuran tanpa faedah di Samsung Online Store.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Galaxy A52s 5G, sila layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a52s-5g-awesome-black-256gb-sm-a528bzkixme/