Utama Mobile Telco 5G Malaysia: Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile mahu membentuk Konsortium baharu...

5G Malaysia: Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile mahu membentuk Konsortium baharu Pelaksanaan 5G

1459
0

Empat syarikat telekomunikasi Malaysia, Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile telah menyerahkan kertas cadangan kepada kerajaan bagi membentuk Rangkaian Borong Duaan (Dual Wholesale Networks, DWN) bagi pelaksanaan 5G di Malaysia.

Pembentukan ini bakal menghasilkan rangkaian 5G kedua hasil gabungan konsortium syarikat telekomunikasi. Buat masa ini, rangkaian 5G Malaysia dikelolakan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) selaku penyedia Rangkaian Borong Tunggal (single wholesale network, SWN).

Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan pada hari ini, syarikat-syarikat telekomunikasi berkenaan menyokong penuh usaha kerajaan menerusi MyDigital. Pembangunan ekonomi digital di Malaysia perlu dititik beratkan di mana rangkaian 5G merupakan salah satu infrastruktur yang kritikal.

Menurut kenyataan tersebut:

“we have submitted our proposal for the establishment of two Wholesale Networks (Dual Wholesale Networks or DWN) which will be developed and operated by two consortiums involving Government, DNB, and mobile network operators (MNOs) who are ready to invest.”

Imej dari Twitter @imokman

Model DWN, menurut pandangan syarikat telekomunikasi terbabit, dilihat sebagai pilihan yang sesuai dalam menyumbangkan keupayaan masing-masing. Ini termasuklah penggunaan sumber sedia ada seperti infrastruktur, dan rantaian bekalan. Malah, tenaga kepakaran ribuan warga kerja teknikalnya yang majoritinya terdiri dari rakyat Malaysia juga dapat dimanfaatkan.

Syarikat-syarikat telekomunikasi ini juga berhasrat memainkan peranan yang lebih besar dalam menjayakan manfaat jangka panjang bagi negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa telah menyatakan pada hari ini pihak kementeriannya bersama-sama Kementerian Kewangan akan mmebentangkan memorandum Jemaah Menteri pada bulan depan. Ia bertujuan membincangkan isu berkaitan DNB untuk diselesaikan secepat mungkin. Beliau turut menyatakan jika isu ini berlarutan, lambat laun ia akan menjejaskan pelaksanaan 5G oleh pihak kerajaan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.