Utama Komputer 16 Kekunci Pintas Desktop Windows 7 yang Terbaik untuk Mempercepatkan Kerja Anda

16 Kekunci Pintas Desktop Windows 7 yang Terbaik untuk Mempercepatkan Kerja Anda

932
0

Menggunakan kekunci pintas merupakan cara pantas untuk menyiapkan tugasan menggunakan komputer desktop atau laptop. Pada sesetengah orang, menggunakan kekunci pantas pada papan kekunci untuk memilih menu adalah lebih pantas jika dibandingkan dengan menggunakan tetikus.

Berikut adalah beberapa kekunci pintas yang boleh digunakan pada komputer yang menggunakan sistem operasi Windows 7.

Kekunci Pintas Aero (Aero Shortcuts)

  • [Windows] + [Spacebar] (Aero Peek)
    Membuatkan kesemua tetingkap yang dibuka menjadi lutsinar dan membolehkan kita melihat gajet-gajet dan ikon-ikon pada desktop.
  • [Windows] + [D] (Aero Peek)
    Memaparkan atau menyorokkan paparan desktop.
  • [Windows] + [Home] (Aero Shake)
    Mengecilkan kesemua tetingkap dan hanya menaikkan mana yang dipilih. Untuk memilih tetingkap mana yang perlu dinaikkan, butang kombinasi ini boleh ditekan berulang kali.
  • [Windows] + anak panah kanan ATAU [Windows] + anak panah kiri (Aero Snap)
    Menggerakkan tetingkap yang dipilih dengan memaparkannya pada separuh kanan atau separuh kiri desktop.
  • [Windows] + anak panah ke atas ATAU [Windows] + anak panah ke bawah (Aero Snap)
    Membesarkan tetingkap yang dipilih
  • [Windows] + [SHIFT] + anak panah ke atas ATAU [Windows] + [SHIFT] + anak panah ke bawah (Aero Snap)
    Memperbesarkan dan mengembalikan tetingkap yang dipilih pada dimensi menegak sahaja.
  • [Windows] + [Tab] (Aero Flip)
    Memaparkan tetingkap-tetingkap yang dibuka dalam bentuk 3D dan klik Tab lagi untuk memilih tetingkap-tetingkap.

Windows dan Taskbar

  • [Alt] + [Tab]
    Mengitar paparan tetingkap-tetingkap yang dibuka pada taskbar.
  • [Windows] + [T] ATAU [Windows] + [SHIFT] + [T]
    Menggerakkan fokus terhadap tetingkap atau ikon-ikon yang terdapat pada taskbar. Tekan [T] sekali lagi sambil memegang butang [Windows] untuk mengitar tinjauan dari kiri ke kanan atau, dengan butang [SHIFT] untuk kanan ke kiri.
  • [Windows] + [B]
    Meletakkan fokus pada ‘show hidden icons’ pada system tray.
  • [Windows] + [1] SAMPAI [Windows] + [9]
    Melancarkan item-item dan ikon-ikon program yang dipinkan pada taskbar mengikut turutan nombor.
  • [Windows] + [SHIFT] + [1] SAMPAI [Windows] + [SHIFT] + [9]
    Lebih kurang sama macam fungsi kekunci pintas di atas.
  • [Windows] + [Ctrl] + [1] SAMPAI [Windows] + [Ctrl] + [9]
    Lebih kurang sama macam fungsi kekunci pintas di atas.
  • [Windows] + [Alt] + [1] SAMPAI [Windows] + [Alt] + [9]
    Membuka senarai pantas bagi setiap ikon-ikon program yang dipinkan pada taskbar.

Penggunaan Pelbagai monitor

  • [Windows] + [SHIFT] + anak panah kanan atau [Windows] + [SHIFT] + anak panah kiri
    Menggerakkan tetingkap yang dipilih dari satu monitor ke monitor yang lain.
  • [Windows] + [P]
    Memilih mod-mod paparan persembahan.

Imej cover diperoleh dari Microsoft

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.