Utama Mobile Android Vivo Nex secara rasmi dilancarkan, harga ditawarkan – RM 2,790

Vivo Nex secara rasmi dilancarkan, harga ditawarkan – RM 2,790

1266
0

Vivo Nex secara rasminya dilancarkan untuk pasaran Malaysia hari ini. Telefon pintar flagship premium ini menampilkan ciri-ciri dan fungsi unik yang belum pernah ada pada mana-mana telefon pintar Vivo sebelum ini.

Antara yang ditawarkan pada telefon pintar ini termasuklah paparan Ultra FullView 6.59-inci Full HD+ Super AMOLED dengan nisbah skrin-ke-kerangka pada 91.24%. Dari segi spesifikasinya pula, ia menggunakan chipset Qualcomm terbaik setakat ini Snapdragon 845, bersama-sama RAM 8GB of RAM, dan storan dalaman 128GB yang sayangnya tidak menyokong penambahan melalui kad mikro SD.

Bateri telefon pintar ini berkapasiti 4,000mAh dan ianya amat berpadanan dengan tahap prestasi yang diperlukan olehnya. Untuk kamera utamanya, telefon pintar ini menggunakan sistem dwi-kamera 12MP dan 5MP bersama-sama sokongan penstabil imej optikal 4 paksi. Manakala untuk kamera hadapannya pula, telefon pintar ini menawarkan kamera 8MP.

Kamera hadapan Vivo Nex ini juga merupakan ciri yang amat mencuri tumpuan memandangkan ianya tidak ditempatkan seperti kelaziman kamera hadapan telefon pintar lain pada masa kini. Sebaliknya, ia boleh dipacul keluar pada bahagian atas telefon pintar ini secara mekanikal apabila hendak digunakan dan boleh ditolak kembali ke dalam apabila tidak digunakan.

Vivo Nex turut didatangkan bersama Jovi, sejenis perisian pembantu peribadi yang menggunakan kuasa kecerdasan buatan (AI) yang dibina oleh Vivo. Pembantu AI ini turut hadir dengan butang khusus untuk menggunakannya yang hampir mirip dengan Samsung Bixby.

Untuk labuhan, telefon pintar terbaru Vivo ini hadir dengan satu labuhan USB Type-C. Cuma, apa yang agak janggal pada telefon pintar ini adalah slot kad SIM ditempatkan pada bahagian bawah.

Vivo Nex hadir dengan sistem operasi FunTouch OS 4.0 yang dibina berasaskan Android 8.1 Oreo dan akan hadir ke pasaran Malaysia bermula 28 Julai 2018 pada harga saranan bermula RM2,799.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.