Utama Apple Kapasiti bateri siri iPhone 13 kini telah diketahui

Kapasiti bateri siri iPhone 13 kini telah diketahui

2013
0

Apple telah memperkenalkan siri iPhone 13 pada awal bulan ini, namun seperti biasa, Apple tidak memberikan perincian jelas spesifikasi perantinya.

Untuk itu, peminat biasanya menunggu khabar dari pengguna internet lain di seluruh dunia berkongsikan maklumat mengenainya. Pada kebiasaannya, ia didapati hasil dari menanggalkan sesebuah model iPhone berkenaan.

Berdasarkan video yang dikongsikan, kapasiti bateri bagi siri iPhone 13 sememangnya lebih besar jika dibandingkan dengan model sebelum ini.

iPhone 13 Pro mempunyai bateri 3,095 mAh, berbanding iPhone 12 Pro sebelum ini yang mempunyai 2,815 mAh. Seterusnya, untuk iPhone 13 Pro Max pula ia mempunyai kapasiti 4,352 mAh. iPhone 13 dan iPhone 13 mini pula kedua-duanya mempunyai kapasiti 3,227 mAh dan 2,406 mAh.

Selain berkongsikan maklumat mengenai bateri siri iPhone 13, video berkenaan turut menunjukkan spesfikasi perkakasan lain. Antaranya, iPhone 13 Pro menggunakan model Qualcomm X60 5G dan menggunakan skrin 120Hz dan RAM dari Samsung. Untuk storan pula, iPhone ini menggunakan jenama dari Jepun, Kioxia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.