Utama Android Samsung Info kapasiti Bateri Samsung Galaxy Z Fold 4 tertiris

Info kapasiti Bateri Samsung Galaxy Z Fold 4 tertiris

578
0

Beberapa hari lalu badan persijilan keselamatan Korea Selatan telah mendedahkan dua buah bateri untuk Samsung Galaxy Z Fold. Dua buah bateri berkenaan sememangnya dijangkakan kerana rekaan boleh lipat ini menggunakan dua buah bateri yang berasingan.

Bagaimanapun, maklumat mengenainya tidak begitu banyak kerana imej berkenaan tidak didatangkan dengan maklumat yang berkaitan dengannya.

Portal GalaxyClub dilaporkan telah  berusaha untuk mendapatkan maklumat yang relevan mengenai bateri tersebut. Antaranya kemungkinan kapasiti keseluruhan bateri berkenaan dijangka masih lagi kekal sama seperti Galaxy Fold 3. Namun, berdasarkan khabar angin sebelum ini yang mengatakan Galaxy Fold 4 kelak tampil lebih tipis. Perkara ini boleh dianggap wajar kerana Samsung tidak mengorbankan kapasiti baterinya demi menjadikan perantinya lebih tipis.

Salah satu kapasiti baterinya diukurkan pada 2,002mAh manakala sebuah lagi diukur dengan kapasiti 2,268mAh. Secara keseluruhannya, bateri Galaxy Z Fold 4 kelak dijangkakan kapasiti diukurnya 4,270mAh dan ia sama dengan kapasiti Galaxy Z Fold 3 sekarang ini. Pun begitu, harus diingat kapasiti diukur dengan kapasiti tipikal adalah berbeza, yang mana kapasiti tipikal Z Fold 3 adalah 4,400mAh seperti yang biasa diiklankan.

Secara keseluruhannya, perkembangan ini amat menarik untuk dilihat kerana Samsung mungkin tidak akan mengurangkan kapasiti baterinya untuk menghasilkan Galaxy Z Fold 4 yang lebih nipis.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.