Home Mobile Fungsi Kamera ‘X-Ray’ OnePlus 8 Pro dilumpuhkan pada Kemaskini akan datang

Fungsi Kamera ‘X-Ray’ OnePlus 8 Pro dilumpuhkan pada Kemaskini akan datang

82
0

Kamera pada OnePlus 8 Pro sebelum ini telah dilaporkan mempunyai fungsi ‘X-Ray’ yang tidak disengajakan terdapat padanya. Fungsi ini bagaimanapun bakal dilumpuhkan tidak berapa lama lagi melalui kemaskini yang akan datang.

Melalui kenyataan rasminya di dalam Weibo, OnePlus telah mengumumkan pihaknya akan melumpuhkan fungsi berkenaan pada kemaskini terbaru nanti. Langkah ini perlu dilakukan bagi melindungi privasi para pengguna dan pada masa yang sama, OnePlus turut memohon maaf di atas isu ini.

Terdahulu, beberapa pengguna OnePlus 8 Pro telah menemukan keupayaan ‘X-ray’ pada kamera telefon pintar berkenaan apabila menggunakan fungsi penapis warna (colour filter) melalui aplikasi kameranya. Apabila digunakan, ianya membolehkan penglihatan kamera OnePlus 8 Pro menembusi sesetengah material plastik melalui teknologi infra merah (IR). Misalnya, peranti-peranti binaan plastik seperti alat kawalan jauh, telefon dan sebagainya dapat dilihat komponen-komponen di dalamnya.

Sungguhpun sebahagian pengguna menunjukkan rasa kagum terhadap keupayaan tersembunyi OnePlus 8 Pro, pihak syarikat menjelaskan keupayaan ini tidak sepatutnya terdapat pada mana-mana telefon pintar kegunaan umum. Menurut OnePlus, kemaskini bagi memperbetulkan isu ini akan diluncurkan dalam tempoh seminggu lagi.

Kemaskini ini hanya untuk melumpuhkan fungsi ‘x-ray’ berkenaan dan fungsi penapis warna masih kekal untuk digunakan seperti biasa.

Imej pengatas dari Digital Trends

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.