Home Android Huawei Honor umumkan tablet Pad V6; Hadir dengan cipset Kirin 985

Honor umumkan tablet Pad V6; Hadir dengan cipset Kirin 985

59
0

Honor baru-baru ini telah melancarkan pelbagai barisan produk terbarunya dan salah satunya adalah tablet Honor Pad V6.

Tablet terbaru keluaran Honor ini didatangkan dengan paparan 10.4-inci 2K (2000 x 1200) bersama-sama cipset Kirin 985. Kapasiti RAM yang ditawarkan oleh Honor Pad V6 adalah 6GB dengan pilihan storan antara 64GB atau 128GB. Tidak ketinggalan, ianya boleh diperluaskan lagi dengan kad mikroSD sehingga 512GB.

Selain itu, apa yang menariknya pada tablet ini adalah kapasiti baterinya yang mencecah 7250mAh. Menurut Honor, tablet ini mampu bertahan selama 13 jam untuk main semula video atau sehingga 10.5 jam bagi melaksanakan tugasan-tugasan padanya. Ia menggunakan antara muka Magic UI 3.1 yang turut menyokong Honor Magic-Pencil.

Pada kameranya pula, tablet ini didatangkan dengan sebuah kamera 13MP f/1.8 di belakang, serta sebuah kamera bersudut luas 8MP f/2.2 di hadapannya.

Harga bagi Honor Pad V6 akan diumumkan pada 13 Jun ini, menurut laman rasminya di Vmall. Tablet ini dijangkakan mula disual sekitar bulan Jun ini dan pastinya selepas pengumuman harganya dibuat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.