Utama Teknologi Keselamatan Kamera AES akan dipasang di 11 lokasi baru sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan

Kamera AES akan dipasang di 11 lokasi baru sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan

1225
0

Bagi mempertingkatkan tahap keselamatan jalan raya, Kementerian Pengangkutan merancang untuk memasang kamera Automated Awareness Safety System (AWAS) di 11 lokasi baru di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

11 lokasi yang telah dikenalpasti merupakan kawasan kemalangan. Menurut akhbar The Star, projek ini akan dibiayai oleh PLUS Malaysia Berhad.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail memaklumkan pemasangan kamera baharu itu akan menelan belanja sebanyak RM3 juta. Selain itu kos penyelenggaraan berkala dan penentukuran kamera berkenaan turut akan ditanggung oleh PLUS.

Tambah beliau lagi, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh PLUS, kamera AES berkesan dalam membendung pemandu dari memandu melebihi had laju.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata sumbangan 10 unit kenderaan penguatkuasa Honda CRV daripada PLUS kepada JPJ itu, akan digunakan bagi tujuan rondaan dan penguatkuasaan JPJ di sepanjang lebuh raya di bawah seliaan PLUS.

Terowong Menora di Perak merupakan salah satu dari 11 lokasi yang diperuntukkan untuk pemasangan sistem kamera berkenaan disebabkan risiko kemalangan yang tinggi di sana. Manakala 10 lokasi yang lain akan dimuktamadkan oleh pihak berkuasa dengan bantuan PLUS.

Buat masa ini, terdapat 19 kamera AES beroperasi di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

Sumber berita diperoleh dari The Star, Imej dari The Malay Mail

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.