Utama Mobile Aplikasi Lorong Kad Touch ‘n Go, SmartTAG masih boleh digunakan di Lebuhraya PLUS...

Lorong Kad Touch ‘n Go, SmartTAG masih boleh digunakan di Lebuhraya PLUS selepas 15 Januari 2022

238
0

Lanjutan dari pengumuman sokongan RFID di Lebuhraya PLUS dari tol Juru, Pulau Pinang hingga ke tol Skudai, Johor bermula dari 15 Januari 2022, terdapat kekeliruan mengenai penggunaan sistem sedia ada kad fizikal Touch ‘n Go dan SmartTAG.

Sesetengah pengguna menganggap lebuhraya PLUS tidak akan lagi menerima dua kaedah pembayaran fizikal berkenaan. Bagaimanapun, pengenalan penggunaan RFID ini kelak bukan bertujuan menggantikan serta merta kaedah pembayaran tersebut. Sebaliknya kad fizikal Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi boleh digunakan selepas 15 Januari 2022.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail menyatakan pembayaran tol menggunakan TNG dan SmartTAG masih lagi boleh digunakan selain dari RFID. Lorong-lorong sedia ada juga masih lagi dikekalkan dengan sebuah lorong RFID akan disediakan bagi setiap plaza tol di sepanjang laluan Juru-Skudai.

Pada minggu lepas, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengumumkan pelaksanaan RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di Lebuhraya Utara Selatan dari Juru hingga ke Skudai bermula 15 Januari ini.

Pelaksanaan ini hadir selepas sistem pengesanan nombor plat automatik (ANPR) dari Hutan Kampung hingga Sunga Dua pada 31 Oktober 2021. Melalui sistem ini, kenderaan boleh melepasi palang plaza tol pada kelajuan 30km/j, lebih tinggi berbanding kelajuan melepasi SmartTAG iaitu 20km/j.

SUMBERBernama
Artikel sebelum iniGangguan Perkhidmatan Maybank2u dan MAE dilaporkan telah kembali pulih
Artikel seterusnyaShopee umumkan sebahagian pembelian mungkin dibatalkan kerana banjir; Pemulangan wang juga akan diberikan
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.