Utama Mobile Aplikasi PLUS akan menamatkan penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG secara berperingkat

PLUS akan menamatkan penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG secara berperingkat

170
0
Touch n Go SmartTAG

PLUS Expressways akan menamatkan pilihan pembayaran melalui kad Touch ‘n Go dan SmarTAG untuk laluan bertol dari Lebuhraya Utara Selatan di sepanjang laluan Juru, Pulau Pinang sehingga Skudai, Johor. Pilihan pembayaran ini akan digantikan sepenuhnya dengan RFID.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Kerja Raya (KKR), sistem pembayaran RFID akan mula digunakan di laluan berkenaan bermula dari 15 Januari 2022. Bagaimanapun, penamatan kaedah pembayaran melalui kad TnG dan SmartTAG akan dijalankan secara berperingkat pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

(KKR) juga memaklumkan langkah ini akan memberikan lebih masa kepada pengendali lebuhraya untuk menyediakan lebih banyak laluan RFID. Ini seterusnya akan menjadi langkah awal pelaksanaan sistem Multi-Lane Free Flow (MLFF). Melalui sistem tersebut, di masa akan datang, pembayaran di plaza tol boleh dilakukan tanpa perlu memberhentikan kenderaan.

PLUS juga sebelum ini dilaporkan sedang mengimplementasikan sistem pengecaman automatik nombor pendaftaran kenderaan (ANPR) sebagai persediaan ke arah MLFF.

Buat masa, sekeping tag pelekat RFID TnG yang dipautkan pada platform nirtunai TnG eWallet ini dijual di pasaran pada harga RM35. Anda boleh memilih sama ada untuk memasangkannya sendiri atau di pusat pemasangan yang berhampiran anda.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.