Utama Mobile Aplikasi Gangguan Perkhidmatan Maybank2u dan MAE dilaporkan telah kembali pulih

Gangguan Perkhidmatan Maybank2u dan MAE dilaporkan telah kembali pulih

348
0

Bagi anda yang tidak dapat mengakses akaun Maybank anda melalui Maybank2u atau aplikasi MAE sepanjang petang tadi, anda tidak keseorangan.

Didapati perkhidmatan perbankan dalam talian berkenaan mengalami gangguan terhadap laman web dan dan juga aplikasi mudah alihnya.

Melalui pelayar web versi desktop, Maybank2u masih boleh memaparkan halaman log masuknya. Tetapi tiada respon selepas memasukkan nama pengguna.

Pada pelayar web versi mudah alih pula, paparan notifikasi “Method Not Allowed” akan tertera. Manakala di dalam aplikasi mudah alih MAE pula, paparannya akan menunjukkan “We are unable to process your request” atau “scheduled maintenance”.

Maybank ambil maklum tentang isu ini dan telah berjaya memulihkan kembali perkhidmatannya sekitar jam 6 petang tadi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.