Utama Mobile Aplikasi Kad Touch ‘n Go Yang Dinaik Taraf mula dijual secara rasmi, boleh...

Kad Touch ‘n Go Yang Dinaik Taraf mula dijual secara rasmi, boleh dibeli di Stesen Petronas & Shell

1188
0
Enhanced-Touch-n-Go-Card

Touch ‘n Go Group mengumumkan kad Touch ‘n Go Yang Dinaik Taraf dengan sokongan NFC mula dijual secara rasminya hari ini. Melalui harga yang sama dengan kad TNG biasa iaitu RM10, anda boleh mendapatkannya menerusi aplikasi TNG eWallet. Bagaimanapun, pesanan melalui aplikasi ini akan dikenakan caj penghantaran sebanyak RM5.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan kad TNG Yang Dinaik Taraf ini di stesen Petronas dan Shell yang terpilih di seluruh negara. Bagaimanapun, kad ini masih belum dijual di stesen-stesen LRT. Berdasarkan senarai di laman web TNG, sejumlah 153 stesen minyak di seluruh negara menjual kad berkenaan sehingga kini.

TNG turut memaklumkan kad TNG Yang Dinaik Taraf ini mempunyai tempoh hayat penggunaan selama tujuh tahun. Para pengguna juga boleh merujuk pada tarikh luput yang tertera pada kad tersebut.

Kad ini juga hadir dengan waranti 30 hari selepas pembeliannya. Anda hanya perlu mengemukakan bukti resit pembelian jika terdapat sebarang masalah menggunakannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go Group Effendy Shahul Hamid memaklumkan pihak syarikatnya menjangkakan permintaan bagi kad ini akan melebihi penawaran tidak berapa lama lagi. Jika stok bagi kad berkenaan anda boleh mendaftar minat untuk mendapatkan notifikasi apabila stoknya kembali.

Artikel sebelum iniSamsung Galaxy A73 5G dan Galaxy A33 5G dilancarkan Hari ini
Artikel seterusnyaPromosi Raya HONOR kini tiba! Jimat sehingga RM250 untuk pembelian produk HONOR terpilih!
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.