Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go (TNG), Ignatius Ong telah mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan versi baharu kad fizikal Touch ‘n Go dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Kad yang ditambahbaik ini akan memperkenalkan ciri komunikasi jarak dekat (NFC) bagi tujuan isian semula melalui aplikasi eWallet TNG.
Pada awalnya, TNG merancang untuk melancarkan ciri baharu ini pada penghujung 2021. Ini kerana kad sedia ada hanya boleh ditambah nilai melalui pembaca kad tertentu atas tujuan keselamatan.
Sebelum ini TNG pernah memperkenalkan ciri isian semula kad fizikalnya melalui aplikasi eWallet TNG pada tahun 2018.
Tarikh sebenar pelancaran ciri sokongan NFC pada kad fizikal TNG yang dinanti-nantikan kebanyakan pengguna setakat ini masih belum diumumkan.
Buat masa ini, hanya PayDirect dapat menghubungkan antara kad fizikal dan aplikasi TNG yang buat masa ini hanya terhad untuk pembayaran parkir dan tol. Selain dari menaik taraf kad fizikalnya, Touch ‘n Go juga merancang untuk melancarkan kad prabayar Visa yang akan dipautkan dengan aplikasi eWallet TNG anda.