Hajat di hati ingin membuat sarapan bihun goreng. Namun, apa kan daya, pukul 8 pagi semalam, air di rumah aku mula kecil alirannya. Fikirku, mungkin keluarga mertuaku sedang menggunakan air di bilik air hingga membuatkan tekanan air menjadi rendah. Menjelang jam 9 pagi, air di pili rumah sudah berhenti mengalir. Kosong.
Pili air, Gangguan Bekalan Air,
Anita Martinz

Aku mendail talian bebas tol Syabas untuk bertanyakan tentang gangguan bekalan air ini. Pihak operator tidak dapat memberikan sebarang jawapan kepada punca gangguan ini. Hanya log report dari aku sahaja.

Habis tergendala semua urusan aku untuk membasuh pakaian dan mengemas rumah. Hari yang cerah ini telah disia-siakan akibat kelemahan pihak pengurusan Syabas dalam mengendalikan hal ehwal bekalan air.

Pagi itu, isteri aku dan ibu mertuaku membuat keputusan untuk masak makan tengahari sahaja untuk menjimatkan penggunaan air. Masalah timbul apabila Huzaifah kerap pula berak pada pagi itu. Tiga kali aku terpaksa menukar lampinnya dalam keadaan penggunaan air yang terhad.

Pukul 12 tengahari aku ‘pukul talipon’ sekali lagi untuk menghubungi Syabas. Kali ini mereka memaklumkan berlaku kejadian paip pecah di Kampung Pandan. Kerja-kerja baik pulih dijangka selagi pada pukul 3 petang.

Tengahari itu, dalam keadaan tak mandi dan gosok gigi, aku memutuskan untuk membawa kami empat beranak mandi di tandas awam Taman Tasik Titiwangsa.

28 KOMEN

  1. Sabtu pagi hingga ke malam rumah aku pun air pili nya kecil. Ingat kan sebab pili bilik air dibuka santak menyebabkan air pili di sinki kecil. Tapi laa ni dah ok dah.

  2. Hee… masuk kereta semua bau masyem hihi…
    Nasib baik ada idea pergi ke tandas awam:)
    Itulah susahnya kalau tak ada air. Dijangkakan tak lama lagi Al-Nino 6 bulan cuba bayangkan..

  3. Nasib baik paip pecah aje bukan catuan air yang macam sebelum ni..Tapi sekarang pun risau jugaklah..mana tau catuan air berulang kembali walaupun dah hujan hari-hari. Tu sebab we all masih simpan air. Takut kalau-kalau catuan air berulang..

Tinggalkan komentar