Kerajaan Malaysia sedang membuka permohonan untuk mengisi perjawatan untuk Pejabat AI Kebangsaan (National AI Office, NAIO). Ditubuhkan pada 28 Ogos tahun ini, badan kerajaan ini telah diluluskan oleh Kabinet untuk memajukan agenda AI Malaysia dan memainkan peranan penting di rantau ASEAN.
“AI adalah pemangkin untuk masa depan Malaysia, dan kami (Kementerian Digital) mencari pemimpin dinamik yang bersedia untuk memberi sumbangan kepada kemajuan negara dan serantau,” menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Di peringkat awal, NAIO akan beroperasi di bawah MyDIGITAL Corporation, sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab memantau usaha transformasi digital Malaysia. NAIO akan menjadi pemangkin utama dalam memajukan infrastruktur AI di Malaysia dengan mewujudkan ekosistem AI yang menggalakkan penggunaan AI, penyelidikan, dan pengkomersialan di pelbagai sektor.
Anda yang berkelayakan dan berminat boleh membuat permohonan untuk jawatan-jawatan di Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) seperti berikut:
- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
- Pengarah Makmal Dasar AI
- Pengarah Pertukaran Inovasi AI
- Pengurus Dasar dan Tadbir Urus AI
- Pengurus Inovasi Terbuka AI
- Eksekutif untuk Bahagian Makmal Dasar AI
- Eksekutif untuk Pertukaran Inovasi AI
Kekosongan jawatan terbabit diiklankan sejak 30 September lepas dan tarikh tutup permohonan ialah pada 11 Oktober ini.
Maklumat lanjut berkaitan NAIO dan permohonan jawatan berkenaan boleh dibuat di https://www.mydigital.gov.my/initiatives/the-national-ai-office-naio/