Utama Apple iPhone SE 4 didakwa akan jadi peranti pertama guna Modem Apple 5G,...

iPhone SE 4 didakwa akan jadi peranti pertama guna Modem Apple 5G, Cip A18

90
0

Bloomberg sebelum ini melaporkan iPhone SE akan dilancarkan pada awal tahun sambil turut memetik laporan lebih awal yang mendakwa ia mirip dengan iPhone 14. Maklumat yang hadir baru-baru ini pula menyatakan telefon pintar ini mungkin akan didatangkan dengan perkakasan yang lebih model.

9to5Mac memetik sumber yang mendakwa iPhone SE 4 akan menerima cip A18 yang sama digunakan pada iPhone 16. Ia juga dikatakan berupaya menyokong ciri-ciri Apple Intelligence. Laporan tersebut juga mneyatakan ia akan menggunakan kamera utama 48MP dan kamera sekunder 12MP dari iPhone 15 dan 15 Plus.

Apa yang lebih menarik, iPhone SE 4 juga dikatakan akan menjadi peranti pertama yang menggunakan cip 5G Apple sejak pembelian sebahagian saham Intel baru-baru ini. Diberikan nama kod “Centauri”, ia juga akan mengendalikan Wi-Fi, Bluetooth, dan GPS bersama-sama data mudah alih.

Sedikit mengejutkan apabila melihat iPhone SE 4 yang sepatutnya iPhone versi lebih mampu milik menjadi yang pertama menggunakan modem 5G keluaran Apple. Teknologi baharu pada kebiasaannya diperkenalkan pada siri-siri Pro terutamanya Pro Max dan berdasarkan laporan terkini ini, mungkin pihak Apple ingin bereksperimen dengan kaedah baharu.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.