Utama Perkakasan Samsung Siri Galaxy S25 mungkin tidak menggunakan Exynos 2500 kerana berdepan masalah pengeluaran

Siri Galaxy S25 mungkin tidak menggunakan Exynos 2500 kerana berdepan masalah pengeluaran

72
0

Siri Samsung Galaxy S25 mungkin tidak akan menampilkan pemprosesan Exynos 2500 kerana Samsung dilaporkan berdepan dengan masalah pada operasi faundrinya. Sebelum ini terdapat desas-desus yang mendakwa hanya model Ultra sahaja yang akan menggunakan pemprosesan Snapdragon 8 Gen 4, dengan model lain menggunakan Exynos 2500.

Menurut GSMArena yang memetik sumber dari Business Korea, Samsung berdepan dengan pengeluaran yang rendah untuk cip Exynos generasi berikutnya ini. Ia dikatakan tidak mampu menghasilkan jumlah pemprosesan yang mencukupi untuk pelancaran siri Galaxy S25 yang dijangka berlangsung pada Januari 2025.

Business Korea melaporkan Samsung mengalami masalah pengeluaran yang rendah untuk proses pembuatan 3nm. Hal ini menyebabkan Samsung perlu bergantung dengan pemprosesan dari Qualcomm. Setakat ini pihak Samsung masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung khabar tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.