Utama Apple iPhone Pro dijangka hadir dengan Face ID bawah Skrin menjelang 2025 -Penganalisis

iPhone Pro dijangka hadir dengan Face ID bawah Skrin menjelang 2025 -Penganalisis

136
0
iphone-14-pro-promax-front

Awal tahun ini terdapat laporan yang mendakwa Apple akan mula menawarkan ciri Face ID bawah skrin menjelang 2025 untuk iPhone 16 Pro. Kini, seorang lagi penganalisis mendakwa ciri tersebut dijangka akan hadir pada iPhone Pro pada tahun 2025.

Penganalisis Ross Young turut berkongsikan peta hala tuju berkenaan yang menunjukkan model iPhone 17 Pro dijangka akan hadir dengan ciri Face ID bawah skrin. Untuk kamera hadapan pula, ia akan ditempatkan pada ruangan berpenebuk lubang bahagian hadapan telefon pintar berkenaan.

Dalam peta hala tuju yang sama juga kamera hadapan di bawah skrin dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2027 melalui model iPhone 19 Pro.

Turut dinyatakan, Apple dijangka akan menawarkan skrin low-temperature polycrystalline oxide (LTPO) pada kesemua model iPhone pada 2025. Ini bermakna, kesemuanya akan memiliki kadar penyegaran semula skrin boleh laras sehingga 120Hz.

Menjawab pertanyaan di dalam untaian di Twitter tersebut, Ross Young menjelaskan siri iPad mungkin terkecuali dari peta hala tuju ini.

Artikel sebelum iniRedmi Note 12 dilancarkan di Malaysia, Pra-tempahan kini dibuka dengan Harga bermula dari RM699
Artikel seterusnyaPra-tempahan HONOR Magic5, Magic5 Pro dan Magic Vs 5G di Malaysia kini di buka; Harga dari RM3,499
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.