Utama Apple iPhone dengan Paparan Tanpa Takuk dijangka akan hadir seawal tahun 2024

iPhone dengan Paparan Tanpa Takuk dijangka akan hadir seawal tahun 2024

342
0

Apple pertama kali memperkenalkan paparan bertakuk pada tahun 2017 melalui iPhone X. Perubahan besar pada rekaan iPhone ini telah menerima pelbagai reaksi dari penggunanya dengan ada yang menerima perubahan tersebut dan ada juga yang tidak menyukainya.

Bagi menjadikan iPhone tidak lagi mempunyai takuk pada paparannya, Apple dijangka akan membawakan fungsi Touch ID pada butang kuasa, dalam paparannya, atau menggunakan Face ID pada bawah skrin. Kemungkinan besar Apple dijangka akan membawakan fungsi FaceID di bawah skrin untuk sokongan keselamatan biometriknya.

Jika khabar mengenai perubahan rekabentuk ini benar-benar berlaku, dijangkakan kita dapat melihat kehadiran iPhone tanpa takuk seawal tahun 2024. Mungkin ia akan diperkenalkan pada model mercu iPhone 16 kelak.

Awal April lalu, penganalisis tersohor Ming-Chi Kuo telah menjangkakan kehadiran iPhone tanpa takuk dengan Face ID bawah paparan mungkin diperkenalkan pada 2024.

Kenyataan ini hadir menerusi satu hantaran Twitter yang menyatakan beliau bersetuju dengan pendapat Ross Young dari DSCC.

Ross Young dan Ming-Chi Kuo berpendapat model mercu iPhone 16 dijangka dapat menyokong perubahan ini. Pendapat dari kedua-dua pakar analisis ini pada kebiasaannya tepat, namun segala perubahan yang bakal diperkenalkan kelak bergantung pada perancangan Apple untuk produk-produknya di masa depan.

Artikel sebelum iniSamsung Galaxy S23 Ultra dijangka hadir dengan sensor kamera 200MP
Artikel seterusnyaNetflix mungkin perkenalkan Iklan di dalam Platformnya seawal tahun ini
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.