Utama Apple iPhone boleh lipat dilaporkan ditangguhkan sehingga 2025

iPhone boleh lipat dilaporkan ditangguhkan sehingga 2025

828
0
Foldable iPhone Concept
Rekaan konsep iPhone boleh lipat dari Let's Go Digital

Apple dikatakan mungkin akan menangguhkan pengeluaran iPhone boleh lipat sehingga tahun 2025. Laporan dari Display Supply Chain Consultants (DSCC) berkenaan turut menyebut mengenai rancangan untuk menghasilkan ‘komputer riba boleh lipat’.

Berdasarkan maklumbalas dari sumber rantaian bekalan, penganalisis di DSCC, Encik Ross Young menyatakan pihaknya menjangkakan iPhone boleh lipat akan hadir pada tahun 2025. Laporan sebelum menjangkakan iPhone boleh lipat akan hadir seawal tahun 2023.

We delayed our expectations for Apple entering the foldable smartphone market by two years to 2025 after discussions with our supply chain contacts. The company does not appear to be in a hurry to enter the foldable smartphone market, and it may even take longer than that.

Lebih menarik, DSCC menyebut Apple kini sedang membangunkan idea menghasilkan komputer riba yang boleh lipat. Namun, berdasarkan maklumat dari pembekal, produk berkenaan masih lagi memerlukan masa yang agak lama untuk menghasilkannya.

On the other hand, we are now showing Apple in our roadmap for foldable notebooks. We hear there is interest at the largest size yet, around 20.x”. This size could create a new category for Apple and would result in a true dual use product, a notebook with a full-size keyboard when folded and for use as a monitor when not folded and used with an external keyboard. It may also allow for UHD/4K resolution or even higher at that size. The time frame is likely later than 2025 though, it could be 2026 or 2027.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.