Utama Apple iPhone 15 Pro dijangka akan hadir dengan butang Kapasitif

iPhone 15 Pro dijangka akan hadir dengan butang Kapasitif

496
0

Masih terlalu awal lagi untuk menunggu kemunculan iPhone 15 ke pasaran, namun ini tidak menghalang pelbagai desas-desus mengenainya diperkatakan. Antaranya berkenaan butang kapasitatif yang dikatakan akan hadir pada model terbaru telefon pintar keluaran Apple tersebut.

Baru-baru ini pengguna nirnama di dalam forum MacRumors mendakwa mempunyai maklumat mengenai butang kapasitatif pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Kedua-dua model berkenaan dikatakan akan hanya mempunyai satu butang sahaja untuk kawalan bunyinya.

Jika benar dakwaan tersebut, kawalan pada butang berkenaan boleh dilakukan secara sapuan atau meleretkan jari pada sisi peranti.

Selain itu, model-model Pro ini juga dikatakan akan mempunyai butang ‘aksi’ yang boleh diprogramkan melalui butang kapasitatifnya nanti. Butang aksi tersebut boleh digunakan sebagai suis senyap, menghidupkan lampu suluh, mod kuasa rendah dan banyak lagi. Ciri-ciri berkenaan dijangkakan akan hadir melalui iOS 17 yang diramalkan akan dilancarkan bersama-sama siri iPhone 15.

Pun begitu, masih terlalu awal menjangkakan ciri tersebut akan hadir ke iPhone 15 Pro kelak selagi tiada pengumuman rasmi dari pihak Apple.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.