Utama Apple iPhone 13 Pro dikatakan akan mempunyai kamera ultra-lebar dengan Autofokus

iPhone 13 Pro dikatakan akan mempunyai kamera ultra-lebar dengan Autofokus

756
0

Apple telah membawakan kamera bersudut ultra-lebar pada iPhone sejak dari 2019 lagi dan kesemuanya memiliki fokus tetap. Keadaan ini akan berubah melalui siri iPhone 13 Pro yang akan meningkatkan keupayaan lensa berkenaan melalui autofokus, menurut penganalisis Ming-Chi Kuo.

Menerusi memo pelabur beliau, Kuo meyatakan hanya iPhone berspesifikasi lebih tinggi akan memiliki kamera baharu ini pada 2021. Manakala bagi model bukan Pro pula perlu menunggu sehingga 2022 apabila keempat-empat model telah mendapatkan kamera ultra-lebar baharu.

Fungsi autofokus adalah lebih baik kerana lensa boleh dilaraskan, dan seterusnya menghasilkan imej yang lebih jelas dalam semua keadaan. Fokus tetap pula sesebuah objek berkenaan perlu di dalam jarak yang sesuai untuk mendapatkan imej yang dikehendaki.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.