Sebuah versi iOS baharu bagi tahun ini telah diperkenalkan bersempena acara WWDC 2021 baru-baru ini. Apple telah memperkenalkan iOS 15 yang mana ianya akan sedia untuk diterbitkan dalam tahun ini juga. Peranti-peranti yang menyokong iOS 15 adalah seperti peranti yang menyokong iOS 14.

Ini bermakna, jika telefon anda kini sedang menggunakan iOS 14, ianya akan menerima kemaskini iOS 15 kelak. Ini termasuklah iPhone 6s dan iPhone 6s Plus yang dilancarkan pada 2015 dahulu, serta iPhone SE generasi pertama dari 2016. Versi terkini sistem operasi ini juga mempunyai ketersesuaian dengan iPod Touch generasi ketujuh.

Berikut adalah senarai-senarai peranti yang menyokong iOS 15, merangkumi dari iPhone 7 hinggalah ke siri iPhone 12 yang terkini.

iPhone 6s dan 6s Plus kini merupakan antara peranti Apple yang masih lagi menerima sokonga kemaskini perisian dan disasarkan mampu menerima kemaskini iOS sehingga 7 tahun. iPhone 6s dilancarkan pada September 2015 dengan menggunakan iOS 9 pada ketika itu.

iOS 15 kini boleh didapati untuk pembangun-pembangun Apple dan akan diterbitkan untuk beta umum pada Julai ini. iOS 15 versi dimuktamadkan dijangkan akan mula sedia untuk dimuat turun sekitar September atau Oktober ini bersama-sama model-model iPhone terkini.

Berbanding dengan versinya yang terdahulu, iOS 15 bukanlah kemaskini yang menawarkan ciri-ciri baharu yang lebih signifikan. Namun, kemaskininya mampu meningkatkan mutu penggunaan sesebuah peranti.

Antara pembaharuan yang diperkenalkannya termasuklah FaceTime yang ditambahbaik bersama-sama SharePlay, aplikasi iMessage dikemaskini, mod DND dipertingkatkan dengan Focus dan ringkasan Notifikasi. Juga ditawarkan kemaskini pada aplikasi Photos dan Camera yang kini menyokong pengecaman teks dan terjemahan secara langsung.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.