Kewujudannya sudah mula diperkatakan sejak beberapa bulan yang lalu dan kini Astro telah bersedia untuk melancarkan perkhidmatan terbarunya, Sooka. Perkhidmatan penstriman ini dilihat sebagai salah satu usaha Astro kekal relevan di saat dunia mula beralih ke platform kandungan dalam talian.

Laman Facebook rasmi Sooka telah mula muncul awal bulan ini. Apa yang menarik dengan laman tersebut, tiada sebarang jenama Astro ditonjolkan walaupun perkhidmatan ini merupakan sebahagian dari Astro.

Jenis-jenis kandungan yang akan ditawarkan oleh Sooka juga masih lagi belum diketahui, namun dinyatakan sejumlah lebih dari 4,000 jam rancangan akan diisediakan kepada penonton secara percuma.

Dalam pada masa yang sama, Sooka turut mengesahkan sejumlah 33 perlawanan UEFA Euro 2020 akan disediakan secara percuma melalui perkhidmatan ini.

Bagi anda yang ingin mengikuti keseluruhan 51 perlawanan kejohanan bola sepak tersebut, anda boleh melanggan pelan VIP + Sports yang berharga RM 15.90 sebulan bersempena pelancarannya. Harga promosi ini ditawarkan selama tiga bulan sebelum ianya ditawarkan kembali pada harga asalnya, RM 41.90.

Aplikasi Sooka akan mula bersiaran pada esok, 8 Jun 2021 jam 8 pagi dan boleh dimuat turun di Google Play dan Apple App Store.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.