Utama Android Nokia Tablet pertama jenama Nokia, Nokia T20 dilancarkan secara rasminya

Tablet pertama jenama Nokia, Nokia T20 dilancarkan secara rasminya

487
0

HMD Global secara rasminya telah melancarkan tablet pertama berjenama Nokia dan ia dikenali sebagai Nokia T20.

Dilengkapkan dengan cipset Unisoc Tiger T610, tablet dengan paparan 10.4-inci ini mempunyai paparan beresolusi 2000×1200 dengan  kecerahan sehingga 400 nits.

Ia hadir dengan kerangka aluminium dan mempunyai penarafan kerintangan air dan debu IP52. Nokia T20 juga menawarkan RAM 4GB dan storan 64GB.

Untuk fotografinya, tablet baharu menawarkan kamera 8MP dengan auto-focus pada belakangnya. Serta sebuah kamera 5MP untuk kamera hadapannya.

Tablet ini juga mempunyai dwi-mikrofon dan pembesar suara stereo dengan amplifier terbina dalam. Sistem bunyinya juga dipertingkatkan dengan OZO Audio bagi menambah kualiti main semula dan rakaman.

Melengkapkan spesifikasinya, Nokia T20 hadir dengan bateri 8,200mAh. Ia membolehkannya mampu bertahan sehingga 15 jam untuk penggunaan melayari laman web, 10 jam untuk tontonan filem, dan 7 jam untuk persidangan video.

Tablet yang dioperasikan oleh Android 11 ini menyokong pengecasan pantas sehingga 15W. Walaubagaimanapun, bersama-sama kotak pembungkusannya, hanya pengecas 10W sahaja yang disediakan.

Harga bagi Nokia T20 versi Wi-Fi bermula dari €199 (~RM962), manakala versi LTE pula berharga dari €239 (~RM1,155). HMD Global menyatakan kehadiran T20 juga menandakan kehadiran lebih banyak siri tablet Nokia T di masa akan datang.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.