Utama Komputer Intel Intel lancarkan Pemprosesan Xeon Boleh Skala Gen Ke-3

Intel lancarkan Pemprosesan Xeon Boleh Skala Gen Ke-3

1037
0

Intel mengumumkan beberapa produk sektor Data Platform untuk kegunaan kecerdasan buatan (AI) dan Analytics. Salah satu produk berkenaan adalah pemprosesan Xeon Scalable (Boleh Skala) Generasi Ketiga.

Pemprosesan Xeon Boleh Skala baharu ini selain berupaya mencapai prestasi yang jauh lebih baik ia juga memperkenalkan fungsi-fungsi baru kegunaan pusat data yang menumpukan perkhidmatan berasaskan AI. Ia didatangkan dengan pemecutan AI terbina dalam melalui Intel Deep Learning Boost, bfloat16 (BF16).

Menyokong lebih dari 100 topologi dioptimumkan dan sistem AI BF16, pemprosesan Xeon Boleh Skala baharu mampu melatih dan mengajar sistem membuat kesimpulan dari data lebih pantas dan tepat berbanding sistem terdahulu yang menggunakan INT8 atau FP32.

Selain perkakasan Xeon baharu tadi, Intel juga turut memperkenalkan perkakasan lain iaitu SSD Optane Persistent Memory 200 Series bersama-sama SSD NAND 3D D7-P5500 dan D7-P5600. Perkakasan baharu ini bukanlah direka untuk kegunaan umum memandangkan spesifikasinya yang terlalu besar.

Optane Persistent Memory 200 Series mislanya, ia menawarkan memori sehingga  sebesar 4.5TB dalam satu-satu modul. Justeru, menawarkan sistem untuk mengakses ke data 225 kali lebih pantas berbanding SSD NAND kegunaan umum.

Buat masa ini pihak Intel masih lagi belum mengumumkan harga bagi setiap perkakasan ini. Namun, apa yang pasti harga yang dinyatakan nanti bukan untuk pengguna umum memandangkan spesifikasinya sendiri adalah untuk kegunaan industri teknologi seperti Microsoft, AWS, GE, Google Cloud dan sebagainya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.