Utama Komputer Intel dakwa Grafik Intel Iris dan Iris Pro lebih baik dari sesetengah...

Intel dakwa Grafik Intel Iris dan Iris Pro lebih baik dari sesetengah GPU

721
0

Grafik berintegrasi Intel Iris mampu mengatasi hampir 80 peratus kad-kad GPU-GPU yang ada di pasaran sekarang, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Gregory Bryant, Timbalan Presiden dan Pengurus Umum Bahagian Pengguna Desktop Intel. Bagaimanapun, teknologi grafik berintegrasi Iris ini hanya boleh didapati pada pemproses Skylake.

Selain itu, beliau turut mencerita bahawa kemajuan yang telah dicapai oleh grafik berintegrasi kini lebih 30 kali ganda lebih baik dari apa yang ditawarkan 5 tahun dahulu. Buat permulaan, Intel telah melancarkan dua versi Intel Iris Graphics yang dikenali sebagai Iris dan Iris Pro, di mana Iris Pro merupakan versi grafik yang lebih berkuasa.

Menurut Intel, teknologi grafik berintegrasinya telah mengalami banyak kemajuan sehinggakan para pengguna kini mampu untuk menyambungkan kepada tiga paparan 4K secara serentak hanya dengan menggunakan pemprosesan grafik berintegrasi Iris. Berdasarkan ukuran tahap prestasi pemprosesan grafik, pemprosesan grafik Iris Pro diletakkan setaraf dengan GTX 750 dan Radeon R7 260.

Bagaimanapun, korang jangan nak seronok sangat dengar tentang guna monitor 4K guna grafik berintegrasi ni. Buat masa ini, bermain game pada paparan 4K menggunakan grafik berintegrasi masih lagi tidak boleh dilakukan.

Sejak Intel melancarkan pemprosesan Skylake, teknologi GPU berintegrasi telah melangkau jauh ke hadapan. Ini berdasarkan pemprosesan berkenaan hadir bersama sebuah GPU berintegrasi dengan kuasa pemprosesan 1152 gigaflop. Sudah tentu, dengan kuasa pemprosesan grafik sebegini besar, lebih banyak permainan video yang boleh disokong.

-Sumber berita diperoleh dari WCCFTech

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.