Utama Perkakasan Intel Intel hentikan pengeluaran CPU siri Lakefield, Comet Lake-U dan Ice Lake-U

Intel hentikan pengeluaran CPU siri Lakefield, Comet Lake-U dan Ice Lake-U

581
0

Intel telah mengumumkan bermula dari hari ini, tiga dari siri Core generasi ke-10 keluarannya akan dihentikan pengeluarannya. Ketiga-tiga siri berkenaan adalah Comet Lake-U, Ice Lake-U dan Lakefield.

Volker Risska dari ComputerBase melaporkan Intel akan membuat pengeluaran akhir ketiga-tiga siri produk berkenaan pada April 2022 nanti.

Siri Intel Lakefield merupakan CPU pertama yang menggunakan Hybrid Technology. Sebaik sahaja siri tersebut ditamatkan, pengguna perlu menunggu sehingga Alder Lake untuk mendapatkan teknologi sokongan hibrid.

Sebab penamatan Comet Lake-U, Ice Lake-U dan Lakefield adalah kerana faktor kemajuan teknologi perkomputeran semasa yang mampu menghasilkan CPU yang lebih baik.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.