Utama Perkakasan Intel Intel secara tidak sengaja dedahkan Spesifikasi Thunderbolt 5

Intel secara tidak sengaja dedahkan Spesifikasi Thunderbolt 5

299
0

Intel secara tidak sengaja telah mendedahkan sedikit maklumat penting berkenaan spesifikasi Thunderbolt 5 menerusi perkongsian sebuah foto di Twitter. Sungguhpun foto berkenaan kemudiannya dipadamkan, namun beberapa pengguna sempat menyalinnya termasuk portal AnandTech.

Foto berkenaan pada asalnya dikongsikan oleh Pengurus Besar Intel Client Computing Group, Gregory Bryant ketika mengunjungi Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Intel di Israel.

Berdasarkan empat keping foto yang dimuat naik di Twitter, terdapat foto yang menunjukkan sesi penerangan berkenaan teknologi Thunderbolt 5 oleh para juruteranya. Didapati, piawaian yang ditetapkan akan menggunakan Teknologi PHY 80G baharu yang bergantung pada modulasi PAM-3.

Secara teknikalnya, piawaian baharu Thunderbolt ini akan membolehkan 1.5 kali ganda lebih pemindahan data melalui tiga peringkat amplitud iaitu -1, 0, dan 1.

Melalui pendedahan ini, kita dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai teknologi pemindahan data baharu ini. Apa yang penting, ia akan meneruskan penggunaan penyambung USB-C yang telah mula digunakan sejak Thunderbolt 3 lagi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.