Utama Komputer Intel Barisan Produk Intel 10nm tertiris; Merangkumi Alder Lake, Tiger Lake & Xeon...

Barisan Produk Intel 10nm tertiris; Merangkumi Alder Lake, Tiger Lake & Xeon berasaskan Ice Lake

1067
0

Slaid yang dikatakan barisan produk Intel 10nm untuk tahun 2020 dilaporkan telah tertiris. Berdasarkan satu hantaran di Reddit, barisan ini dikatakan bakal menyertakan pemprosesan baru dan GPU diskret keluaran tahun ini.

Salah satu slaid yang tertiris berkenaan turut menyatakan CPU desktop pengguna harian Alder Lake, CPU mudah alih Tiger Lake dan CPU Xeon berasaskan Ice Lake. Selain itu, GPU diskret DG1 terbaru dari Intel turut dinyatakan. Kesemua produk yang disenaraikan ini dihasil berdasarkan litografi acuan Intel 10nm.

Alder Lake dikatakan akan diperkenalkan bersama-sama CPU Intel Lakefield dengan menampilkan tetapan lapan teras besar dan lapan teras kecil pada TDP hanya 80W. Tiger Lake pula dijangkakan bakal menjadi pengganti kepada pemprosesan Ice Lake.

Slaid-slaid yang tertiris berkenaan turut menyatakan perihal Snow Ridge, cipset stesen pemancar 5G Intel yang dibangunkan secara khusus untuk akses nirwayar 5G dan perkomputeran termaju. Ia juga merupakan cipset yang dipersetujui bersama oleh Ericsson dan ZTE untuk digunakan.

Setakat ini Intel masih lagi belum membuat kenyataan maklum balas mengenai kesahihan laporan yang tertiris ini. Oleh itu, segala maklumat yang tertiris ini mungkin tidak sama dengan kenyataan rasmi dari pihak Intel kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.