Utama Mobile Telco KKD: Pakej Penjawat Awam Khas Pascabayar akan diumumkan Esok

KKD: Pakej Penjawat Awam Khas Pascabayar akan diumumkan Esok

156
0
Penjawat Awam di Malaysia
Gambar sekadar hiasan - Imej dari MAMPU Jabatan Perdana Menteri

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dijadualkan akan mengumumkan pakej pascabayar mudal alih khas untuk penjawat awam esok. Menterinya, Fahmi Fadzil menyatakan pakej baharu ini merupakan salah satu penyelesaian terhadap aduan dari kakitangan barisan hadapan berhubung harga langganan pascabayar.

Menurut Bernama, menteri berkenaan mengesahkan perkara ini apabila bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Merdeka@Komuniti di Dengkil hari ini.

Selain itu, beliau juga akan membuat beberapa pengumuman khas untuk penjawat awam selain dari pakej penjawat awam khas pascabayar berkenaan esok.

Tidak dapat dipastikan sama ada penawaran yang akan diumumkan esok merupakan sesuatu yang baharu seperti harga yang lebih mesra bajet atau penambahbaikan dari yang sedia ada. Buat masa, beberapa syarikat telekomunikasi menawarkan pakej penjawat awam masing-masing seperti Maxis, Celcom, Digi dan Unifi Mobile.

Di dalam program yang sama, Fahmi Fadzil turut menyatakan pihak kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi esok untuk pakej khas pascabayar untuk kakitangan media.

Bagaimanapun, perkara ini masih lagi bergantung kepada persetujuan pihak syarikat telekomunikasi sebelum ia diumumkan secara rasmi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.