Home Komputer Permainan Injustice: Gods Among Us Ultimate Edition kini Percuma di Steam & PSN

Injustice: Gods Among Us Ultimate Edition kini Percuma di Steam & PSN

20
0

Agak jarang untuk kita mendapatkan permainan komputer yang boleh ditebus lebih dari satu platform dalam satu-satu masa. Hanya sekali-sekala kita mendapat peluang berkenaan dan untuk kali ini, permainan Injustice: Gods Among Us ditawarkan secara percuma untuk ditebus menerusi Steam dan PlayStation Store.

Judul permainan yang sudah berusia lebih dari tujuh tahun selepas diterbitkan ini mempunyai sekuelnya sendiri tiga tahun lepas. Para peminat permainan bergenre pergaduhan pastinya sudah lama mendapatkan permainan ini.

Justeru, langkah menawarkannya secara percuma mungkin dilihat sebagai memperluaskan lagi pengaruh judul ini dikalangan peminat baharu.

Injustice: Gods Among Us dihasilkan oleh NetherRealm Studios, pembangun yang sama menghasilkan siri Mortal Kombat. Judul ini juga diterbitkan oleh penerbit yang sama iaitu WB Games. Jadi, tidak hairanlah jika kedua-dua permainan ini kelihatan mirip dari segi perincian watak, pergerakan, selain penggunaan dialog percakapan.

Permainan Injustice: Gods Among Us Ultimate Edition boleh ditebus secara percuma menerusi Steam dan PlayStation Store sehingga 25 Jun ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.