Home Android Huawei Huawei P40 Pro Plus di Malaysia 26 Jun ini; Berharga RM4,999

Huawei P40 Pro Plus di Malaysia 26 Jun ini; Berharga RM4,999

16
0

Huawei sebelum ini telah mengumumkan awal April lalu bahawa P40 Pro Plus akan memasuki pasaran Malaysia. Menurut Huawei, versi atasan telefon pintar mercu keluaran baharunya ini dijadualkan berada di Malaysia pada 26 Jun 2020.

Huawei P40 Pro Plus menampilkan paparan Flex OLED Quad Curve 6.58-inci 90Hz. Bahagian hadapannya turut menempatkan kamera swafoto 32MP AF, dengan kamera penderia kedalaman & pergerakan IR.

Ianya turut dilengkapkan dengan cipset Kirin 990 5G bergandingan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 512GB yang boleh diperluaskan sehingga 256GB menerusi kad NM. Telefon pintar ini juga turut diberi penarafan IP68 bagi kerintangan air. Ianya juga didatangkan dengan bateri berkapasiti 4,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas dan pengecasan nirwayar.

Apa yang membezakan model ini dengan model P40 lain adalah pada kamerannya. Hadir dengan tetapan penta-kamera, ianya mengandungi 50MP Ultra Vision Wide, 40MP Ultra Wide Cine, 10MP 10x Optical Telephoto, 8MP 3x Optical Telephoto, dan penderia berkedalaman Time of Flight (TOF).

Huawei P40 Pro Plus dijual pada harga RM4,999 dan hanya ditawarkan dengan pilihan warna Ceramic White sahaja. Sebagai meraikan pelancarannya, setiap pembelian P40 Pro Plus akan menerima pelbagai cenderahati percuma bernilai RM1,300 sehingga stok masih ada.

Cenderahati tersebut adalah Huawei Freebuds 3, cagak pengecasan nirwayar 40W SuperCharge, akses percuma untuk 3-bulan langgan ke Huawei Video, 12-bulan langganan untuk 5GB Huawei Mobile Cloud Storage, dan waranti lanjutan 1-tahun dan perlindungan skrin 1-bulan.

Bagi anda yang berminat, pembelian secara dalam talian di gedung atas talian Huawei Malaysia mula dibuka bermula 10.08 pagi pada 26 Jun 2020.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.