Tahun lepas, kerajaan telah mengumumkan Pakej 5G Rahmah yang menawarkan pelan pascabayar mampu milik dengan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan. Pakej tersebut merupakan pelan data 60GB yang berharga RM60 sebulan dengan turut menyediakan pilihan bersama-sama telefon pintar 5G pada harga RM240. Diskaun khas RM120 juga ditawarkan untuk 100,000 orang pengguna B40 pertama yang mendaftar untuk pakej ini.
Kini, pihak Kementerian Komunikasi telah mengumumkan perlanjutan subsidi RM120 untuk telefon pintar dibawah Pakej 5G Rahmah tersebut sehingga 30 Jun 2024. Bagaimanapun, ia masih lagi terhad untuk 100,000 pengguna pertama di bawah kategori B40. Telefon pintar yang dibeli bersama-sama pakej ini juga didatangkan dengan kontrak selama 24-bulan.
Berbeza dengan sebelum ini, perlanjutan ini hanya melibatkan tiga buah syarikat telekomunikasi sahaja iaitu:
Setakat ini syarikat-syarikat telekomunikasi yang dinyatakan tersebut masih belum memberikan penawaran baharu untuk Pakej 5G Rahmah bersama-sama telefon pintar.