Utama Mobile Telco India gesa Starlink henti tawarkan perkhidmatan Internet tidak berlesen

India gesa Starlink henti tawarkan perkhidmatan Internet tidak berlesen

Syarikat milik 'Mas Elon' ini sudah pun berdaftar di India, namun masih lagi belum menerima kelulusan untuk menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar.

142
0
Piring Satelit Internet Starlink dan Router

Kerajaan India telah menasihatkan rakyatnya supaya tidak melanggan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Starlink Internet Services kerana beroperasi tanpa lesen.

Starlink merupakan sebahagian dari syarikat aeroangkasa SpaceX milik Elon Musk yang menyediakan perkhidmatan internet melalui pancaran satelit di seluruh dunia.

Syarikat berkenaan telah diarahkan supaya mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pada 1 November lalu, Starlink telah didaftarkan di India dan telah mula mengiklan serta membuka pra-jualan perkhidmatan internet jalur lebar satelitnya.

Perkhidmatan internet satelit berorbit rendah ini mensasarkan untuk menghubungkan sejumlah 200,000 peranti di India menjelang penghujung 2022 terutamannya di kawasan luar banda. Sejumlah lebih dari 5,000 pesanan telah diterima untuk membuat pra-tempahan perkhidmatan tersebut pada 1 November di India.

Starlink berikrar sebaik sahaja menerima pengesahan dari kerajaan, pihaknya akan memberikan 100 unit peranti perhubungan satelit ke 12 buah sekolah-sekolah di seluruh India.

Satelit Starlink SpaceX
Susunan kelompok satelit Starlink sebelum ia bertebaran untuk memancarkan isyarat.

SpaceX telah pun memulakan program beta awam Starlink di beberapa buah negara termasuk Malaysia disasarkan akan menerima liputan pada 2022. Bayaran pendahuluan sebanyak US$99 (~RM419) telah pun mula diterima untuk perkhidmatan Starlink di Malaysia. Namun, perkhidmatan tersebut masih lagi belum disahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Satu gugusan yang mengandungi jalinan 12,000 buah satelit berorbit rendah mengelilingi Bumi akan dilancarkan oleh Starlink bagi menyediakan liputan internet terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar di seluruh dunia.

Untuk menggunakan perkhidmatan internet satelit Starlink ini, anda perlu mempunyai piring antena dan router Wi-Fi yang berharga US$599 (~RM2539) serta langganan bulanan sebanyak US$99 (~RM419).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.