Bersempena Hari Pendaftaran Negara & Sambutan JPN 73 Tahun, kerajaan Malaysia telah memaklumkan mengenai pembangunan Identiti Digital Nasional.
Inisiatif Identiti Digital Nasional telah memulakan proses perancangan dan pelaksanaan pada tahun ini. Dijangkakan, ia dapat dilaksanakan pada tahun 2024, selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
Apabila dilaksanakan kelak, Identiti Digital Nasional akan menggunakan teknologi biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah dan iris. Ia akan digunakan untuk membentuk pengenalan dan pengesahan identiti bagi seseorang individu secara digital.
Menerusi pemakluman tersebut, pihak kerajaan juga menjelaskan Identiti Digital Nasional bukan bertujuan menggantikan MyKad. Tujuan ia diperkenalkan adalah bagi meningkatkan tahap keselamatan sedia ada pada MyKad.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin:
“Pengesahan individu secara digital ini penting bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian yang boleh merugikan negara,”