Utama Mobile Android Huawei Malaysia tawarkan potongan harga untuk Nova 4

Huawei Malaysia tawarkan potongan harga untuk Nova 4

743
0

Huawei Malaysia telah mengumumkan penurunan harga untuk Nova 4 bersempena Hari Raya Aidilfitri. Telefon pintar tri-kamera dengan paparan berlubang penebuk ini pada asalnya dijual dengan harga RM 1,899 dan kini anda boleh memilikinya dengan harga RM 1,699.

Selain potongan harga RM 200, pembelian Nova 4 yang dibuat dari 27 Mei hingga 4 Jun 2019 turut menerima Huawei Band 3 bernilai RM239 secara percuma. Di samping itu, pelanggan juga akan mendapat kad VIP Privilege yang akan memberikan pengguna dengan tawaran jenama menarik bernilai sehingga RM 1,000.

Bagi anda yang berminat, telefon pintar ini boleh didapati di semua kedai jualan Huawei, wakil pengedar yang sah dan juga melalui syarikat-syarikat telco tempatan.

Dari segi spesifikasi, Huawei Nova menawarkan skrin 6.4-inci IPS LCD, bersama-sama kuasa pemprosesan cip Kirin 970, RAM 8GB dan ROM 128GB.

Kamera utama telefon pintar ini dilengkapi dengan tri-kamera berkonfigurasi 20MP, 16MP dan 2MP. Manakala untuk kamera hadapannya pula, ia menyediakan kamera 25MP. Tidak ketinggalan, bateri berkapasiti 3750mAh dan bicu audio 3.5 mm.

Maklumat lanjut, kunjungi laman rasmi Huawei Shop

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.