Utama Android Huawei Huawei mengacah acara pelancaran produk baharunya yang akan diadakan pada bulan ini

Huawei mengacah acara pelancaran produk baharunya yang akan diadakan pada bulan ini

144
0

Huawei baharu sahaja menerbitkan iklan acah menerusi akaun rasminya di X dengan mengumumkan akan mengadakan acara pelancaran produk mercunya di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Tarikh pelancarannya pula lebih kurang seminggu dari sekarang pada 12 Disember 2024.

Iklan acah tersebut tidak memberikan banyak maklumat mengenai produk apa yang akan dilancarkan di dalam acara tersebut. Namun, berdasarkan apa yang digambarkan di dalam iklan acah tersebut kemungkinan Mate X6 dan Mate 70 akan dilancarkan ke pasaran global pada acara berkenaan.

Huawei Mate X6 merupakan telefon pintar boleh lipat yang menampilkan paparan boleh lipat OLED LTPO 7.93-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,800 nits. Telefon pintar tersebut hanya berketebalan 4.6mm apabila dibuka lipatannya.

Apabila dilipat, skrin hadapannya OLED LTPO 6.45-inci beresolusi 1080p dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak 2,500 nits boleh digunakan. Untuk perlindungan skrin hadapannya, ia dilengkapkan dengan Kunlun Glass 2 dengan penarafan kerintangan air IPX8.

Manakala Huawei Mate 70 pula kelihatan sepeerti siri Pura 70 yang lebih besar. Ia menampilkan paparan OLED 6.78-inci beresolusi 2688 x 1216 dan kadar penyegaran semula skrin 120Hz. Ia juga mempunyai kamera hadapan 13MP, perlindungan IP68/69, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC dan sokongan komunikasi satelit.

Dalam pada masa yang sama, acara di Dubai ini nanti juga dijangka akan memperkenalkan sistem operasi HarmonyOS NEXT secara rasminya. Sistem tersebut dikatakan dibangunkan secara bebas sepenuhnya dari platform Android. Ia bakal membawakan antaramuka yang diperbaharui serta sejumlah ciri-ciri baharu seperti skrin berkunci pilihan pengubahsuaian, pusat kawalan, animasi yang diselaraskan dan juga AI aras sistem baharu berasaskan model bahasa raya (large language model, LLM) Pangu.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.