Utama Android Huawei Huawei Mate 50 dan Mate 50 Pro dilancarkan secara rasmi; Hadir dengan...

Huawei Mate 50 dan Mate 50 Pro dilancarkan secara rasmi; Hadir dengan sokongan Panggilan Satelit, Kamera XMAGE

298
0
Huawei-Mate-50-Pro-China

Huawei melancarkan telefon pintar mercu baharunya, siri Mate 50 di China semalam. Dua buah model hadir di bawah siri ini iaitu standard dan Pro selepas dua tahun Huawei Mate 40 diperkenalkan.

Siri Huawei Mate 50 merupakan telefon pintar pertama keluaran Huawei yang menampilkan sistem pengimejan Huawei XMAGE dan juga sokongan membuat panggilan dan menghantar mesej melalui satelit. Sokongan untuk membuat panggilan kecemasan ketika tiada akses ke rangkaian selular ini dibuat menggunakan satelit Beidou 3 buatan China.

Huawei Mate 50 menampilkan paparan OLED 6.7-inci dengan resolusi FHD+ (1212 x 2616 piksel), kedalaman warna 10-bit, dan kadar penyegaran semula 90Hz. Ia menggunakan pemprseosan Snapdragon dengan RAM 8GB dan pilihan storan dalaman sehingga 512GB.Huawei-Mate-50-Pro-XMAGE

Telefon pintar ini menggunakan bateri berkapasiti 4,460mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 66W dan nirwayar 50W, serta sokongan pengecasan berbalik nirwayar 7.5W.Huawei-Mate-50-Pro-dilancarkan

Di belakang Huawei Mate 50 disediakan tri-kamera yang mengandungi kamera utama 50MP, dengan enam-bilah apertur boleh laras dari f/1.4 hingga f/4.0. Bergandingan bersama-sama kamera ultra-lebar 13P dan kamera telefoto 12MP dengan zum optikal 5x dan zum digital sehingga 50X. Pada bahagian berpenebuk lubang sebelah hadapannya, disediakan sebuah kamera 13MP.Huawei-Mate-50-Display

Huawei Mate 50 Pro

Manakala untuk Huawei Mate 50 Pro pula, ia didatangkan dengan paparan melengkung OLED 6.74-inci beresolusi FHD+ (1212 x 2616 piksel), kedalaman warna 10-bit dan kadar penyegaran semula 120Hz. Kamera hadapannya dilengkapkan dengan sensor 13MP dan menyokong sistem imbasan wajah 3D untuk pengesahan secara biometrik.Huawei-Mate-50-Pro-Display

Telefon pintar ini dilengkapkan dengan pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1 bersama-sama RAM 8GB dan storan dalaman 512GB. Bersama-sama bateri yang sedikit besar 4,700mAh, ia menyokong pengecasan berwayar 66W, nirwayar 50W dan pengecasan berbalik nirwayar 7.5W.

Pengimejan Huawei Mate 50 Pro hadir dengan tri-kamera yang terdiri dari kamera utama 50MP dengan enam bilah apertur boleh laras yang sama seperti yang terdapat pada model standard. Bersama-sama kamera tersebut, turut disediakan kamera ultra-lebar 13MP dan kamera telefoto 64MP dengan zum optikal 3.5x dan zum digital sehingga 100X.Huawei-Mate-50-Pro-Tahan Air

Harga Huawei Mate 50 dan Huawei Mate 50 Pro

Harga jualan bagi Huawei Mate 50 bermula dari CNY 4,999 (~RM 3,238) untuk konfigurasi 128 GB dan CNY 6,699 (~RM 4,340) untuk 512 GB. Dalam pada masa yang sama, varian Pro ditawarkan pada harga CNY 6,799 (~RM 4,404) untuk konfigurasi 256 GB dan CNY 7,999 (~RM 5,282) untuk 512 GB. Setakat ini tiada maklumat bilakah siri Huawei Mate 50 ke pasaran antarabangsa.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.