Utama Android Huawei Selepas Kad SD, Huawei turut dikeluarkan dari keahlian Wi-Fi Alliance & JEDEC

Selepas Kad SD, Huawei turut dikeluarkan dari keahlian Wi-Fi Alliance & JEDEC

1140
0

Lanjutan dari isu sekatan perdagangan yang dikenakan oleh pentadbiran Presiden Trump, Huawei baru-baru ini dilaporkan telah dikeluarkan keahliannya di dalam Wi-Fi Alliance dan JEDEC. Rentetan perkembangan ini belaku selepas SD Association dilaporkan mengeluarkan Huawei dari senarai ahlinya.

Wi-Fi Alliance yang berpangkalan di Texas, A.S. merupakan sebuah badan pentauliahan peranti-peranti Wi-Fi dan juga turut berperanan dalam pembangunan versi terbaru piawaian telekomunikasi berkenaan. Manakala JEDEC pula adalah sebuah badan piawaian yang menetapkan spesifikasi untuk pelbagai jenis piawaian USB dan RAM. Untuk makluman, JEDEC berpangkalan di Virginia, A.S.

Secara ringkasnya, dengan penarikan keluar keahlian ketiga-tiga badan berkenaan iaitu, SD Association, Wi-Fi Alliance, dan JEDEC, Huawei kehilangan akses untuk menghasilkan peranti yang menggunakan kad SD, rangkaian Wi-Fi, USB dan RAM.

Jadinya, selepas kehilangan akses kepada OS, cipset, perkakasan, kad SD, Wi-Fi, USB dan RAM mengikut spesifikasi piawaian yang digunakan seluruh dunia, peranti apakah yang boleh dibangunkan oleh Huawei nanti?

Sumber berita diperoleh dari Nikkei

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.