Utama Android Honor Dapatkan HONOR X9b 5G secara percuma dengan Pelan Telco Terpilih

Dapatkan HONOR X9b 5G secara percuma dengan Pelan Telco Terpilih

54
0

KUALA LUMPUR, 7 Disember 2023 – Telefon pintar Tahan Lasak Semua Sudut, HONOR X9b 5G kini boleh didapati menerusi pelan pascabayar menarik di CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes. Dengan pakej tersebut, telefon pintar lasak dan mampu milik ini pilihan terbaik bagi pengguna yang mahukan peranti boleh dipercayai. Berikut pakej pascabayar dari syarikat telekomunikasi berkenaan:

Dapatkan HONOR X9b 5G percuma dengan Yes Infinite+ Standard

Bawa pulang HONOR X9b 5G percuma dengan pelan pascabayar Yes Infinite+ Standard pada harga RM88 sebulan. Pakej ini menawarkan data dan kelajuan 5G tiada had, panggilan tanpa had dan data Hotspot 50GB. Jangan lepaskan tawaran berbaloi ini untuk memiliki peranti pilihan ramai!

Miliki HONOR X9b 5G dengan penjimatan hebat!

Jimat RM1,400 apabila mendaftar untuk pelan Maxis Postpaid 109. Lebih menarik, HONOR X9b 5G turut didatangi dengan Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari bernilai RM500. Hadiah percuma diberikan apabila membeli HONOR X9b 5G dengan Maxis. Maklumat lanjut boleh layari  https://store.maxis.com.my/productdetails/category/mobiles/honor/x9b-5g

Nikmati rebat tambahan bulanan RM10 dengan Pakej MegaJimat

Pelanggan boleh memiliki HONOR X9b 5G dengan CelcomDigi pada harga RM299 untuk kontrak 24 bulan atau RM599 dengan kontrak 12 bulan. Menerusi pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 di bawah kontrak Pakej MegaJimat, pelanggan boleh menikmati rebat tambahan bulanan RM10 dan bayaran RM70 sebulan. Maklumat lanjut mengenai tawaran dari CelcomDigi ini boleh layari https://www.celcomdigi.com/devices/pakej-megajimat 

HONOR X9b 5G milik anda dengan U Postpaid 98

U Mobile turut menawarkan HONOR X9b 5G secara percuma menerusi pelan pascabayar U Postpaid 98 pada harga RM98 sebulan dengan kontrak 36 bulan. Pakej eksklusif ini tersedia dari 13 Disember 2023. Pelan ini termasuk data berkelajuan tinggi sebesar 1,000 GB, serta perayauan global dan panggilan masuk luar negara percuma di 63 destinasi.

Adanya pelan pascabayar yang begitu menarik dari syarikat telekomunikasi berkenaan, ini peluang terbaik untuk mendapatkan HONOR X9b 5G dari pembekal perkhidmatan pilihan!

HONOR X9b 5G mengetengahkan rekaan skrin canggih dan rintangan jatuh untuk kekal bertahan apabila terjatuh dari pelbagai sudut, termasuk tembakan peluru paintball. Telefon pintar ini hadir dengan 12GB RAM dan 8GB HONOR RAM Turbo maya tambahan bersama penstoran ROM 265GB untuk menyimpan semua gambar dan fail penting. 

Selain itu, HONOR X9b 5G juga telefon pintar mid-range pertama di Malaysia yang dikuasakan cipset Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1 selain didatangi bateri berkapasiti besar 5800mAh.

Pada harga mampu milik sebanyak RM1,499, HONOR X9b 5G ditawarkan dalam warna Sunrise Orange, Midnight Black dan Titanium Silver. Maklumat lanjut mengenai HONOR X9b 5G, boleh layari https://bit.ly/HONORX9bPR

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.