Utama PRNewswire Kerjasama Multilateral Penting bagi Merapatkan Jurang Ekonomi Digital, menurut Laporan DCO

Kerjasama Multilateral Penting bagi Merapatkan Jurang Ekonomi Digital, menurut Laporan DCO

113
0
Kerjasama Multilateral Penting bagi Merapatkan Jurang Ekonomi Digital, menurut Laporan DCO
– Digital Cooperation Organization (DCO) melancarkan Laporan Merapatkan Jurang untuk menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa bagi memastikan kemakmuran digital untuk semua 

DAVOS, Switzerland, 20 Januari 2023 /PRNewswire/ — Digital Cooperation Organization (DCO) hari ini melancarkan Laporan Merapatkan Jurang di Forum Ekonomi Dunia di Davos yang menekankan keperluan penting terhadap kerjasama multilateral antarabangsa yang lebih besar bagi menutup jurang digital ini dan memastikan semua negara mendapat manfaat daripada ekonomi digital.

Kerjasama Multilateral Penting bagi Merapatkan Jurang Ekonomi Digital, menurut Laporan DCO

 

Laporan yang dijalankan oleh DCO sebagai sebahagian daripada misinya untuk memperkasakan negara-negara anggota bagi membangunkan ekonomi digital mereka serta membawa kepada kemakmuran dan pertumbuhan ini telah diterbitkan berdasarkan perundingan global yang meluas dengan pakar-pakar daripada pelbagai sektor dan wilayah. Laporan ini turut merangkumi pandangan yang terperinci tentang cabaran yang dihadapi oleh negara-negara terutamanya negara-negara kecil dan membangun untuk memperoleh akses yang sama kepada ekonomi digital.

TYT Deemah AlYahya, Setiausaha Agung DCO berkata: “Sepanjang dua dekad yang lalu, ekonomi digital telah berkembang pada kadar yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk menjadi ‘tulang belakang’ masyarakat kita dan bahagian yang penting dalam mencapai pembangunan lestari. Walaupun ia menawarkan pelbagai peluang, namun ekonomi digital turut membawa cabaran yang amat sukar, malah adalah penting untuk menyedari bahawa cabaran-cabaran ini tidak dapat ditangani oleh hanya sebuah negara atau sebuah entiti swasta sahaja. Hanya melalui kerjasama pelbagai pihak berkepentingan dan multilateral, barulah kita dapat menangani cabaran tersebut dan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ditawarkan serta mewujudkan ekonomi digital yang lebih inklusif dan berkesan.

Laporan ini telah disusun daripada penyelidikan dan acara asal, termasuk daripada siri lima sesi perbincangan meja bulat di lima buah bandar di lima buah benua; satu kaji selidik tentang  perniagaan dan pengguna dari 12 buah negara; serta temu bual dengan 37 orang pakar ekonomi digital.

“Laporan Merapatkan Jurang Digital ini bertujuan untuk menjadi sumber maklumat yang berharga tentang ekonomi digital dalam membimbing negara-negara anggota kami ketika mereka membangunkan ekonomi digital mereka sendiri. Selain daripada maklumat, perkhidmatan sokongan dan khidmat nasihat untuk negara-negara anggota, DCO juga komited untuk membina sebuah ekonomi digital yang lebih inklusif melalui kerjasama multilateral yang berkesan bagi mewujudkan dan mereka bentuk inisiatif berpandukan kesan secara bersama. Kami menyeru semua pihak berkepentingan untuk bersatu dan bekerjasama demi mewujudkan sebuah ekonomi digital yang bermanfaat untuk semua orang, di mana-mana sahaja,” kata TYT Deemah AlYahya.

Laporan Merapatkan Jurang daripada DCO ini kini tersedia di www.dcoinsights.com/btg

Nota kepada editor: 

Maklumat lanjut tentang DCO boleh didapati di https://www.dco.org, https://twitter.com/dcorg dan https://www.linkedin.com/company/dcorg/

Foto – https://mma.prnewswire.com/media/1986641/Bridging_the_Gap.jpg
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/1867632/DCO_Logo.jpg

The Digital Cooperation Organization (DCO) Logo

 

 

 

Artikel sebelum iniHONOR tawar hadiah bernilai sehingga RM1,725 sempena promosi Tahun Baru Cina
Artikel seterusnyaSeragon Mengumumkan RESTORIN®, Nutraseutikal Antipenuaan Termaju Setakat Ini
Terus dari meja pengarang berita Harian Teknologi. Akhbar teknologi nombor 1 di Malaysia!

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.