Utama Kesihatan Semakan Status Geran Khas Prihatin boleh dibuat bermula Hari ini

Semakan Status Geran Khas Prihatin boleh dibuat bermula Hari ini

711
0

KUALA LUMPUR, 3 Jun 2020 – Semakan status permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) boleh dibuat mulai hari ini di portal rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my. Bagi permohonan yang diluluskan, jumlah pembayaran sebanyak RM1.47 bilion akan dibuat mulai 15 Jun ini.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan telah meluluskan sejumlah 488,857 permohonan GKP. Sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 15 lalu, sebanyak 642,976 permohonan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro telah diterima.

Tambah beliau lagi;

“Saya juga ingin berkongsi bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang membuat semakan lanjut ke atas 81,260 permohonan dan status kelulusan bagi permohonan akan dimaklumkan mulai 8 Jun ini. Bagi mereka yang lulus, bayaran akan dibuat mulai 15 Jun juga.

“LHDN juga mendapati sebanyak 72,859 permohonan yang tidak lulus. Bagi mereka yang tidak lulus, tempoh rayuan akan dibuka dari 3 hingga 15 Jun melalui portal rasmi LHDN iaitu gkp.hasil.gov.my. Bagi perayu yang lulus, bayaran akan dibuat mulai 29 Jun,”

Dalam perkembangan yang sama, Bernama melaporkan LHDN menyatakan baki sebanyak 81,260 (12.6 peratus) permohonan masih dalam proses semakan lanjut agensi. Manakala lagi 72,859 (11.3 peratus) permohonan telah ditolak,

LHDN turut memaklumkan permohonan yang masih dalam semakan akan diberitahu keputusannya mulai 8 Jun. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 15 Jun.

Pemohon yang gagal dalam permohonan GKP boleh membuat permohonan rayuan mulai 3 Jun hingga 15 Jun melalui portal rasmi GKP. Langkah ini bertujuan bagi memastikan semua pihak yang layak menerima GKP tidak tercicir.

Pemohon GKP yang diluluskan dijangka menerima bayaran secara pengkreditan terus ke akaun masing-masing mulai 15 Jun ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.