KUALA LUMPUR, 29 Mei 2025 – HONOR meneruskan momentum cemerlangnya dengan mengukuhkan kedudukan sebagai jenama telefon pintar utama, sambil mengembangkan ekosistem peranti AI yang menyeluruh. HONOR di Malaysia telah mendahului pasaran tablet Android sebagai Jenama Terlaris No. 1 selama 12 bulan berturut-turut, dipacu oleh kejayaan HONOR Pad 9. Kini, HONOR berhasrat mengekalkan penguasaannya menerusi pelancaran HONOR Pad 10 yang bakal berada di pasaran bermula 30 Mei ini.
Jenama ini meneruskan peluasan ekosistem pintarnya dengan dua jam tangan pintar HONOR Band 10 dan HONOR Watch 5 Ultra mula dijual dalam pasaran tempatan pada 30 Mei. Manakala komputer riba baharu HONOR MagicBook Pro 14 menyusul pada 13 Jun ini.
HONOR Pad 10 – Tablet AI untuk Produktiviti Kerja dan Pembelajaran
Paparan Visual Menakjubkan dengan Resolusi 2.5K Terulung
Direka untuk meningkatkan produktiviti harian, HONOR Pad 10 menampilkan skrin 12.1 inci 2.5K Paparan Keselesaan Mata HONOR, dengan nisbah skrin-ke-badan 88% dan kadar segar semula 120Hz untuk memberikan visual ultra-tajam serta interaksi lancar. Tablet ini sesuai untuk kerja jangka masa panjang di pejabat kerana paparannya disokong warna DCI-P3 seluas 96% NTSC, 133% sRGB, dan mampu memaparkan 1.07 bilion warna. Ianya sesuai untuk dokumen, multimedia dan persembahan yang penuh perincian.
Bagi memastikan keselesaan pengguna yang bekerja pada tempoh masa yang panjang, paparan ini membawakan lima lapisan perlindungan mata, termasuk Pemalapan Dinamik, AI Defocus Technology dan pensijilan TÜV Rheinland untuk Cahaya Biru Rendah, bagi membantu mengurangkan keletihan mata serta meningkatkan kesihatan visual sepanjang hari dengan efektif.
Kapasiti Bateri Terbesar Dalam Industri
HONOR Pad 10 dikuasakan oleh bateri 10,100mAh berkepadatan tinggi, antara kapasiti yang terbesar dalam kelasnya. Ia membolehkan pengguna bekerja seharian, menghadiri mesyuarat atau kuliah atas talian, termasuk mengurus pelbagai tugasan tanpa risau kehabisan bateri. Dengan pengecasan berwayar 35W, peranti ini dapat dicas pantas dan sedia digunakan dalam masa singkat.
Reka Bentuk Mudah Alih dan Menawan
Dengan seberat 525g dan ketebalan hanya 6.29mm, HONOR Pad 10 lebih ringan dan nipis berbanding model sebelumnya, menjadikannya teman bekerja sempurna. Tablet ini dihasilkan menggunakan teknologi lentur 270 darjah yang pertama dalam industri. Pencapaian ini membuktikan HONOR mampu mencipta tablet yang tahan lasak dan anggun dengan pengurangan berat keseluruhan sebanyak 29%, menjadikan HONOR Pad 10 sesuai untuk pelajar, profesional mahupun pengguna aktif.
Integrasi Ekosistem AI dan Penyelarasan Merentas Peranti
HONOR terus berinovasi dengan integrasi perisian yang lancar untuk semua perantinya. Dengan AI Writing Tools yang baharu, termasuk HONOR AI Notes, HONOR AI Docs, HONOR Connect dan Magic Portal, ia memberikan penolakan secara pintar, pintasan aplikasi, dan sokongan penulisan secara langsung dalam lingkungan sistem, meningkatkan pengalaman pengguna dengan kefungsian yang dipacu oleh AI.
HONOR Pad 10 memperkenalkan AI Writing Tools yang terbina, membolehkan pengguna membaca dan menyunting dokumen secara efisien. Alatan ini menyokong beberapa tahap penulisan daripada merangka dan mencetus idea, memperkemas, mengubah dan melengkapkan dokumen beserta pemeriksaan tatabahasa dan ejaan.
Untuk produktiviti, HONOR AI Notes menawarkan pengurusan maklumat yang termaju. Ciri AI Real-Time Speech-to-Text Transcription menangkap perkataan yang diucapkan dengan segera, manakala ciri AI Voiceprint Recognition mengenal pasti beberapa jurucakap dan menyokong terjemahan masa sebenar dalam lebih 10 bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Cina, dan Perancis. Ciri AI Summary pula menghasilkan ringkasan yang pintar, kata kunci, dan cadangan pembacaan, menjadikannya amat berguna untuk mesyuarat dan wawancara.
Ciri HONOR AI Docs pada HONOR Pad 10 menyampaikan pengalaman komputer peribadi sebenar bagi memberikan akses yang lancar kepada dokumen antara peranti. Dengan alat untuk mereka hamparan, mengimbas dokumen, mengekstrak data jadual, dan mengubah format (cth., imej ke PDF, menggabung atau memisah PDF), pengguna boleh menikmati pengurusan tatakerja yang amat lancar.
Selain itu, HONOR Connect membolehkan integrasi telefon pintar-ke-tablet secara lancar, membolehkan pemindahan fail, perkongsian rangkaian, dan akses kamera untuk pengalaman pengguna yang bersepadu. Kolaborasi rentas skrin membolehkan pengguna menyeret dan memasukkan fail dan gambar antara peranti, mengukuhkan lagi ekosistem HONOR yang semakin mendapat perhatian ini.
Magic Portal pula menawarkan interaksi berasaskan pergerakan yang lebih pintar. Satu gerakan pangkal jari akan terus melancarkan aplikasi atau perkhidmatan, sesuai untuk carian, pelayaran, beli-belah atas talian, dan banyak lagi. Sama ada untuk mengakses Waze, melayari Rednote, membuat tempahan di Trip.com, memesan dengan Grab, atau berkongsi di Instagram, Magic Portal akan mencadangkan aplikasi yang paling relevan berdasarkan hasrat pengguna secara intuitif.
Dikuasakan Oleh Prestasi Setanding Komputer Riba
Apa yang membuatkan HONOR Pad 10 berbeza adalah prestasinya yang berdasarkan komputer peribadi dan kefungsiannya. Tablet ini dilengkapi set cip Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3 dengan peningkatan prestasi GPU sebanyak 50% dan CPU sebanyak 15%, serta penjimatan tenaga 20%. Gabungan RAM 16GB (termasuk 8GB HONOR RAM Turbo) dan stroran ROM 256GB menjamin multitugas tanpa gangguan. Didatangi bersama papan kekunci pintar Bluetooth, HONOR Pad 10 boleh berfungsi sebagai komputer riba mini. Manakala pensil pintar HONOR Pencil membolehkan pengguna mencatat nota semasa bermesyuarat dan melukis, khususnya kepada penggemar seni digital.
HONOR Pad 10 Dijual Seluruh Negara Bermula 30 Mei 2025
Sementara itu, HONOR Pad 10 akan mula dijual di seluruh negara mulai 30 Mei 2025 dalam dua pilihan warna iaitu Cyan dan Gray. Tablet ini boleh didapati di semua kedai seluruh negara pada harga RM1,499, dengan setiap pembelian disertakan papan kekunci pintar Bluetooth, HONOR CHOICE Pencil dan HONOR CHOICE Active Noise Canceling Headphone bernilai RM1,097 secara PERCUMA.
HONOR Watch 5 Ultra dan Band 10 Sedia Untuk Pembelian Atas Talian Pada 30 Mei 2025
Selain HONOR Pad 10, HONOR Watch 5 Ultra dan HONOR Band 10 juga akan mula dijual pada 30 Mei ini. HONOR Watch 5 Ultra ini hadir dengan tali Brown Leather Strap, ditawarkan pada harga RM1,099. Manakala HONOR Band 10 hadir dengan dua pilihan tali iaitu Blue Nylon dan Black TPU yang dijual pada harga RM199. Kedua-dua jam tangan pintar ini dijual secara eksklusif atas talian.
HONOR MagicBook Pro 14 Bakal Tersedia Pada 13 Jun 2025
Dalam pada itu, HONOR MagicBook Pro 14 akan mula dijual mulai 13 Jun 2025 pada harga RM4,999 dengan kapasiti memori dan storan 32GB RAM dan 1TB SSD dalam pilihan warna putih. Komputer riba ini turut disertakan dengan hadiah PERCUMA Satu Tahun Langgnan Percuma Microsoft 365 Personal (Pra-pasang) dan beg galas HONOR Backpack bernilai RM508.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/ untuk perkembangan terkini.