Utama Android Honor Abadikan Saat-saat Indah Tahun Baharu Cina Dengan HONOR Magic7 Pro, Serendah RM10...

Abadikan Saat-saat Indah Tahun Baharu Cina Dengan HONOR Magic7 Pro, Serendah RM10 Sebulan Di Telco Terpilih

51
0

KUALA LUMPUR, 27 Januari 2025 – Raikan kemakmuran Tahun Baharu Cina dengan peranti flagship terbaharu HONOR Magic7 Pro yang berkuasa AI! Direka untuk memberikan pengalaman telefon AI menakjubkan dan ciri-ciri kamera hebat, HONOR Magic7 Pro peranti sempurna untuk merakamkan suasana meriah secara profesional bersama rakan-rakan dan insan tersayang semasa musim perayaan ini.

Bagi mereka yang mencari pilihan alternatif untuk memiliki HONOR Magic7 Pro, varian RAM 16GB dengan storan 1TB tersedia dengan pakej pascabayar menarik di CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes.

Lebih menarik, pengguna boleh memiliki HONOR Magic7 Pro pada harga serendah RM10 sebulan dengan pelan pascabayar terpilih. Berikut senarai pelan pascabayar yang ditawarkan telco. 

HONOR Magic7 Pro milik anda pada hanya RM56 sebulan dengan CelcomDigi

HONOR Magic7 Pro kini tersedia dengan CelcomDigi ONE Ultra/Pro pada hanya RM56 sebulan dengan pelan Easy360! Untuk maklumat lanjut mengenai pelan pascabayar HONOR Magic7 Pro, sila kunjungi laman sesawang rasmi CelcomDigi.

Bawa pulang HONOR Magic7 Pro untuk RM125 sebulan dengan Maxis

Selain itu, HONOR Magic7 Pro boleh dimiliki dengan bayaran sebanyak RM125 sebulan dengan Maxis Postpaid menerusi Zerolution. Untuk maklumat lanjut tentang pelan bayaran mudah lain HONOR Magic7 Pro, sila lawat laman sesawang rasmi Maxis.

Dapatkan HONOR Magic7 Pro dari RM142 sebulan dengan U Mobile

Dengan U PayLater, pengguna hanya perlu membayar RM142 sebulan untuk memiliki HONOR Magic7 Pro. Nikmati ansuran 0%, sehingga 1,000GB data dan perayauan global percuma di 63 destinasi. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini, layari laman sesawang rasmi U Mobile.  

Hanya RM10 Sebulan Dengan Pelan Yes Infinite+ Ultra!

Sedang mencari pelan pascabayar yang lebih berpatutan? Yes menawarkan HONOR Magic7 Pro serendah RM10 sebulan dengan pelan Infinite+ Ultra. Harga luar biasa ini hanya sah untuk kontrak selama 36 bulan. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan menarik ini, kunjungi laman sesawang rasmi Yes.

Kamera terunggul dan prestasi hebat – HONOR Magic7 Pro memiliki semuanya!

HONOR Magic7 Pro membawakan peningkatan dalam perkakasan, termasuk sistem kamera lebih canggih, paparan lebih baik, bateri lebih besar dan cipset berkuasa. Sistem tiga kamera peranti ini terdiri daripada Kamera Utama Super Dynamic Falcon 50MP, Kamera Ultra-telefoto 200MP dan Kamera Lebar 50MP. Penambahan AI pada sistem kamera seperti AI Super Zoom, AI Motion Sensing Capture, AI Enhanced Portrait dan HD Burst Shot memberikan pengalaman fotografi luar biasa. Dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Elite Mobile Platform, HONOR Magic7 Pro menawarkan paparan antara muka pintar dan diperibadikan dengan ciri-ciri AI canggih seperti Magic Portal 2.0, AI Deepfake Detection, AI Notes, AI Summary, AI Minutes dan AI Translate. 

Di samping itu, HONOR Magic7 Pro mempunyai Bateri Karbon Silikon 5850mAh yang disokong pengecas pantas HONOR SuperCharge 100W berwayar dan 80W wayarles. Dari segi ketahanan, peranti ini mempunyai penarafan IP68 dan IP69 untuk kalis air dan anti-debu, manakala paparannya pula Anti Calar 10X dan Perlindungan Anti-jatuhan NanoCrystal. HONOR Magic7 Pro turut mengutamakan keselesaan dan kesihatan mata dengan adanya Paparan Keselesaan Mata Cahaya Semula Jadi HONOR AI. Ciri-ciri tambahan lain termasuk HONOR C2 RF Enhanced Chip untuk kesambungan lebih baik, keselamatan biometrik 3D berkembar bagi membuka kunci peranti secara pantas dan selamat, dan juga subwoofer HONOR Surround untuk bunyi jelas. 

HONOR Magic7 Pro tersedia dalam warna Lunar Shadow Grey, Breeze Blue, dan Black. Model dengan storan RAM 12GB+512GB berharga RM4,599, manakala storan RAM 16GB+1TB adalah RM5,199.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic7 Pro, sila kunjungi laman Facebook dan laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.