Utama Telco U Mobile U Mobile melancarkan Kedai Flagship Baharu di Sunway Pyramid, Menampilkan Teknologi Generasi...

U Mobile melancarkan Kedai Flagship Baharu di Sunway Pyramid, Menampilkan Teknologi Generasi Baharu dan Pengalaman Kubah Imersif Pertama di Premis Jualan

Kedai flagship terbaru U Mobile di Pusat Beli Belah Sunway Pyramid menampilkan pengalaman beli-belah yang didayakan teknologi dengan kubah imersif pertama di sebuah premis jualan.

42
0

Bandar Sunway, 24 Januari 2025 – U Mobile, bakal penyedia rangkaian 5G kedua di Malaysia, telah melancarkan kedai flagship terbarunya di Pusat Beli Belah Sunway Pyramid. Kedai ini menawarkan pengalaman membeli-belah secara imersif yang menggunakan teknologi generasi baharu seperti 5G dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence). Selain itu, kedai ini turut dilengkapi dengan ciri Peruncitan Pintar (Smart Retail) seperti Tanda Harga Digital (Digital Price Tags) dan CCTV berkuasa AI dengan fungsi keselamatan pintar. Ia juga menampilkan kubah imersif (Immersive Dome) pertama di Malaysia yang terletak di dalam sebuah premis jualan. Kubah imersif berteknologi tinggi ini menggunakan video berkualiti tinggi, sistem audio, realiti maya (virtual reality), realiti terimbuh (augmented reality), dan realiti campuran (mixed reality) untuk mencipta pengalaman yang imersif dan boleh dinikmati oleh semua para pengunjung secara percuma.

Kedai flagship ini merupakan yang kedua untuk U Mobile di Malaysia, selepas kedai flagship pertama yang terletak di ibu pejabat U Mobile di Berjaya Times Square. Pusat Beli Belah Sunway Pyramid dipilih sebagai lokasi kedua kedai flagship kerana daya tarikannya kepada golongan berkeluarga, yang merupakan segmen sasaran utama yang sedang giat diperluaskan oleh U Mobile. Inisiatif ini juga adalah sebahagian daripada strategi keseluruhan syarikat telco ini untuk meluaskan capaian bagi mempertingkatkan pengalaman pelanggan.

“U Mobile sentiasa berusaha untuk menaikkan taraf dan selaras dengan etos unbeatable kami, kami berkomited untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan memperkenalkan ciri-ciri inovatif dan imersif, digabungkan dengan produk dan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Kedai flagship terbaru kami di Sunway Pyramid menampilkan pengalaman yang didayakan teknologi, yang menggabungkan realiti dengan teknologi digital generasi baharu. Daripada fungsi Peruncitan Pintar (Smart Retail) seperti Tanda Harga Digital (Digital Price Tags) dan CCTV berkuasa AI, kepada tarikan imersif seperti kubah di outlet kami, kedai flagship pintar ini direka untuk membolehkan pengguna berinteraksi sepenuhnya dengan jenama U Mobile,” kata Navin Manian, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile.

Dari kiri ke Kanan: Wong Heang Tuck, Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, dan Navin Manian Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile

Tarikan lain di kedai flagship terbaru U Mobile termasuk:

  • HoloBox: Unit kendiri yang menggunakan teknologi pancaran holografik ini memberikan kelainan kepada Sistem Pengurusan Giliran (Queue Management System), di mana pelanggan boleh berinteraksi dengan avatar holografik Stacy Anam, duta jenama U Mobile, bagi mendapatkan perkhidmatan. HoloBox juga berfungsi sebagai kiosk foto (photobooth) yang membolehkan pengunjung untuk menangkap gambar. Imej pengunjung yang dijana oleh AI akan dipancarkan secara masa nyata ke dalam Kubah imersif, sekaligus mencipta pengalaman unik dan interaktif.
  • Zon U Home: Selaras dengan tumpuan U Mobile kepada segmen keluarga, zon ini menampilkan konsep Rumah Pintar (Smart Home) dan menyerlahkan manfaat pelan keluarga oleh U Mobile seperti U Family 128 dan pakej U Home 5G.
  • Ruang U Business: Sebagai sebahagian daripada komitmen U Mobile terhadap pendidikan perniagaan, ruang ini akan mempamerkan penyelesaian perniagaan menarik yang berkuasa 5G dan teknologi-teknologi lain.
  • Zon Gaya Hidup: Menampilkan permainan VR untuk semua peringkat umur termasuk pameran produk U Mobile serta kerjasama eksklusif dan premium.

Untuk meraikan pembukaan outlet terbaru ini, U Mobile menawarkan hadiah eksklusif dan promosi bernilai sehingga RM800,000 dari 24 hingga 26 Januari 2025. Antara hadiah menarik termasuk telefon pintar 5G, penginapan di Sunway Resort, dan hoodie hasil kolaborasi eksklusif antara U Mobile dan Pestle & Mortar Clothing, oleh itu menjanjikan pengalaman yang tiada tandingan untuk para pelanggan. Seramai 88 pengunjung terawal setiap hari boleh membeli Huawei GT Cyber Watch dengan hanya RM0.99 berdasarkan konsep “siapa cepat dia dapat”, bermula 11:00 pagi. Tawaran ini khas buat pelanggan U Postpaid 68 atau U Postpaid 98. Selain itu, pelanggan baharu U Family 128 serta semua pengunjung berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik yang boleh dimenangi setiap hari. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.u.com.my/en/personal/grand-opening.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.