Utama Android Honor HONOR memperlihatkan sekilas pandang telefon terbaharunya yang mengutamakan fotografi dengan rekaan yang...

HONOR memperlihatkan sekilas pandang telefon terbaharunya yang mengutamakan fotografi dengan rekaan yang menawan

44
0

HONOR Malaysia menerusi laman Facebook rasminya telah mengumumkan ketibaan sebuah produk baharu dalam masa terdekat.

Pengumuman tersebut disertakan rekaan poster yang memaparkan bahagian belakang telefon pintar dengan lensa kamera dan ini menggambarkan HONOR menerap nilai estetik di dalam produk terkininya.

Mengetengahkan slogan “Dazzle in Every Shot”, poster tersebut mengacah telefon yang memfokuskan pada resolusi pengimejan. HONOR bukan asing dalam mengeluarkan telefon mercu yang menawan termasuklah siri HONOR Magic menerajui estetika simetrinya, manakala siri HONOR Number hadir dengan reka bentuk cincin berganda.

HONOR menyasarkan memberi kualiti terbaik untuk pengguna Malaysia

Sejak HONOR berkolaborasi dengan syarikat gergasi global Google dan Qualcomm, setiap pelancaran produk baharu adalah satu

Langkah memberi pilihan lebih baik dan kemudahan kepada konsumer. Susulan kejayaan pelancaran HONOR Magic4 Pro, HONOR berhasrat untuk mengukuhkan pembangunan produknya untuk bersaing dalam pasaran telefon Malaysia.  

Peminat tidak sabar menantikan telefon pintar terbaharuCuitan tersebut telah mencuri perhatian peminat di seluruh negara dan mereka ingin mengetahui produk terbaharu yang HONOR akan perkenalkan nanti. Untuk maklumat lanjut boleh ikuti laman web dan Facebook rasmi HONOR Malaysia.

Artikel sebelum iniiPhone 14 Pro dikatakan akan mempunyai RAM 6GB yang lebih pantas
Artikel seterusnyaMDEC umum Glow Aspirasi untuk perkukuhkan perkongsian ekonomi dan menyokong pekerja bebas digital
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.