iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max dikatakan akan menampilkan RAM 6GB melalui memori baharu yang lebih pantas, menurut laporan dari DigiTimes. Model peringkat tinggi berkenaan akan menggunakan RAM LPDDR5 6GB yang lebih pantas dan berkecekapan berbanding jenis sebelumnya.
Buat masa ini iPhone menggunakan RAM LPDDR4X dan ia dijangka akan terus digunapakai pada iPhone 14 model standard yang akan datang.
Tidak seperti siri iPhone 13 yang bermula dari memori 4GB, kesemua model 14 akan menampilkan RAM 6GB. Memori LPDDR5 pula hanya digunakan pada model iPhone peringkat tinggi. Secara ringkasnya, berikut adalah kapasiti RAM dan jenisnya mengikut model-model iPhone 14:
- iPhone 14: 6GB (LPDDR4X)
- iPhone 14 Max: 6GB (LPDDR4X)
- iPhone 14 Pro: 6GB (LPDDR5)
- iPhone 14 Pro Max: 6GB (LPDDR5)
Malah, penggunaan cip juga akan dibezakan di antara iPhone 14 peringkat tinggi dengan iPhone 14 standard. Menurut penganlisis berkenaan Appple, Ming-Chi Kuo menyatakan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan menggunakan cip “A16” yang lebih baharu, manakala iPhone 14 standard pula kekal menggunakan cip A15.
Tinggal dua bulan sahaja lagi iPhone 14 dijangka akan diumumkan secara rasminya menerusi sebuah acara yang dikatakan akan dilangsungkan pada musim luruh ini. Selain iPhone, acara berkenaan juga akan mengumumkan Apple Watch baharu dan AirPod baharu.